Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank Part 3

1720 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Aug 18, 2015 at 19:08
by   kaka
Dear idries,
Sila sambung di sini. Part 2 semakin panjang susah bace.
Poskan hujahan mereka.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
121 Answers
« Previous   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   Next »  Last »

answered on Oct 2, 2015 at 23:11
by   Oreo
Macam mana? Dapat alasan penghakiman?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 6, 2015 at 15:22
by   Idries
Kes saya akan diadakan pada 3 November 2015. Saya dalam perjalanan untuk membeli alasan pengjakiman di Mahkamah Tinggi. Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2015 at 04:13
by   Idries
Salam semua kepada yang beragama Islam dan selamat sejahtera kepada yang belum Islam. Saya sebenarnya semakin risau dan sudah lemah untuk berjuang lagi. Fikiran saya semakin buntu dan merasakan seolah-olah mahu mengaku untuk tewas. Walau pun saya telah mengeluarkan wang RM40 untuk kos e failing, saya rasa biarlah ia menjadi wang rakyat untuk semua. Oleh kerana itulah saya masih teragak-agak untuk mengambil salinan penghakiman dari mahkamah tinggi. Rasa seperti membazir RM17. Sekurang-kurangnya tambah sedikit wang lagi untuk mendapat 10kg beras 1 Malaysia.

Biarlah saya dibankrapkan dengan menerima Perintah Penerimaan/Penghakiman. Saya cuma berharap agar pihak Bank Xxxxxx boleh mempertimbangkan untuk tidak melupuskan rumah ini setelah saya merayu kepada JIM (Ketua Pengarah Insolvensi).

Terima kasih sebanyak-banyaknya kepada notalawyer,jebat, oldman, jeff005,kiki,kaka,rayna,rekha,aurora, vkpc, oreo,oracle, steven dll nya. Notalawyer banyak membantu dengan dokumentasi. KIKI, boleh saya tahu, adakah awak seorang wanita Islam? Cara anda menulis dan menerangkan sesuatu sangat baik dan menenangkan. Walaupun ada beberapa pertikaian, anda kiki masih bertenang dan dapat menjawab dengan baik. Saya menghargai awak.

Saya ada hubungi pihak bank melalui email dan mereka masih tegas dengan tawaran 30k dan meminta saya jelaskan kepada JIM. Ada sebuah consultant caj 1K untuk membuat pembatalan bankrapsi melalui pkp. Saya masih bingung!

Apakah POD dari bank yang lain akan masuk ke JIM walaupun mereka telah melepasi akhta had masa?

Sekiranya JIM menerima mereka, hutang saya akan menjadi lebih besar (termasuk faedah) menjangkau 200k!

Sekiranya saya membuat penyelesaian dengan kadar segera, mungkin bank-bank lain tidak sempat membuat POD. Setelah bebas, jika mereka ingin menyaman saya, akhta had masa akan mengalahkan mereka dan kelima-lima bank akan tutup kes.

Walaupun kes ditutup, saya tetap juga akan membayar kepada kelima-lima bank tersebut tetapi hanya sekadar jumlah yang telah saya pinjam.

Pada masa yang sama, saya telah beritahu kepada anak dan isteri bahawa kemungkinan besar kita akan meninggalkan rumah ini.

Terima kasih dan maafkan saya sepanjang saya di forum ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2015 at 04:51
by   kiki
idries,

Para forumers amat memahami keadaan kamu yang amat tertekan sehingga hampir berputus asa.

Oleh kerana itulah saya masih teragak-agak untuk mengambil salinan penghakiman dari mahkamah tinggi. Rasa seperti membazir RM17. Sekurang-kurangnya tambah sedikit wang lagi untuk mendapat 10kg beras 1 Malaysia.

Kamu berikan nombor akuan kamu, esok saya akan bank-in kan RM50 untuk  kamu mendapatkan salinan penghakiman dan selebih nya sebagai sebahagian sumbangan kepada kamu atas kos memfailkan rayuan itu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2015 at 11:32
by   jebat
Apakah POD dari bank yang lain akan masuk ke JIM walaupun mereka telah melepasi akhta had masa?
Setengah bank akan cuba masukkan POD dan yang lain tidak.
Terpulang kepada OA untuk memutuskan samada nak menerima POD atau menolaknya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2015 at 15:07
by   Idries
MasyaAllah. Siapakah anda sebenarnya KIKI. Anda masih ingin membantu. Itulah yang saya katakan, dari cara penyampaian dapat kita takrifkan budi bahasa, keterampilan dan ketenangan. Apa yang tersemat di dalam, itulah yang akan keluar menjadi kata-kata dan penulisan.

Jika kiki benar2 ingin membantu dan melihat alasan penghakiman tersebut, dengan rasa rendah diri saya nyatakan di sini akan nombor akaun maybank saya iaitu  158172 920674. InshaAllah, akaun masih aktif. Baru buat semakan sebentar tadi.

Jebat, anda benar bahawa mungkin sesetengah sahaja akan melaporkan POD kerana akan melalui proses mahkamah dan persetujuan pegawai insolvensi.

Kiki, moga anda diberi ganjaran 10 kali ganda dari apa yang telah anda belanjakan. Itulah janji Allah. Saya pasti anda seorang Islam. Yang belum Islam juga banyak membantu tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Terima kasih semua.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2015 at 15:51
by   Idries
Terima kasih kiki. Transaksi berjaya. Saya akan tunaikan permintaan kiki dan lampirkan alasan penghakiman di sini. Terima kasih banyak dengan kepercayaan dan pengorbanan kiki. Terima kasih....terima kasih...
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2015 at 16:06
by   Salam
Jgn susah hati. Tuan kiki patut memberi sumbangan yang sesuai kpd anda. Dia juga sebahagian tindakan yg menjadikan keadaan maut korban di dlm kesusahan anda.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2015 at 20:48
by   Idries
Saya sudah beli salinan penghakiman tersebut. E muka surat sahaja. Sekarang sedang minta bantuan sahabat untuk convert ke word untuk saya copy n paste di dalam forum.

Tentang otoriti yang menyebut 'MUSA', bukan sebenarnya. PKP merujuk kepada otoriti bungsar.....

Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 9, 2015 at 04:17
by   Idries
..

IN THE HIGH COURT OF  MALAYA.  AT IPOH
IN THE STATE OF PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO: 29NCC-2961 -11 /2014

                    ANTARA

IDRIS BIN AHMAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN

AND

AFFIN BANK BERHAD PEMIUTANG PENGHAKIMAN
,ยท

NOTES KETERANGAN

Kes Dihadapan Penolong Kanan Pendaftar Puan Noor Azreen Liana Binti Mohd Darus
Di Bangunan Baru Tingkat 1 pada 22hb September 2015

Judgment  Creditors Siti Hajar

Jud_gement Debtor Idris Bin Ahmad

1

. .


Mahkamah :

Permohonan Judgement Debtor untuk mengetepikan notis kebankrapan dan petisyen pemiutang ditolak atas alasan-alasan yang berikut:

Judgement Debtor tidak menafikan keberhutangan Judgement Debtor terhadap Judgement Creditors. Jelas menunjukkan Judgement Creditors berhak menuntut keseluruhan hutang yang masih tertunggak dari pihak Judgement Debtor. Merujuk kepada seksyen 5(1)(a), Jc berhak memfailkan petisyen pemiutang sekiranya hutang yang tertunggak melebihi RM30k.

Kes telah berjalan sejak dari tahun 2014. Sekiranya Judgement Debtor ingin menyelesaikan hutang tersebut, satu tindakan segera telah dibuat oleh Judgement Debtor untuk melangsaikan tunggakan bayaran terhadap Judgement Creditors. Sebarang cadangan penyelesaian haruslah mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Sekiranya Judgement Creditors tidak bersetuju terhadap cadangan penyelesaian dari Judgement Debtor, Judgement Creditors berhak meneruskan tindakan ini.

Berdasarkan kes Bungsar Holding dan kes Re Ley Boon Hee, hakim di dalam 2 kes tersebut telah menyatakan bahawa "where the court is satisfied by the debtor that he is able to pay his debts or that for other sufficient cause no order ought to be made, the court may dismiss the petition".
- lsunya adalah samada mahkamah berpuas h(!.ti bahawa Judgement Debtor adalah seorang yang solven atau tidak. Setelah meneliti affidavit dan hujahan pihak Judgement Debtor, mahkamah mendapati Judgement Creditors mempunyai hak untuk


merealisasikan tuntutannya. Tidak adil bagi Judgement Creditors untuk menanggung kerugian akibat dari kegagalan Judgement Debtor membayar hutangnya. Aset yang dimiliki oleh Judgement Debtor sehingga kini masih belum lupuskan dan tiada jaminan bahawa aset tersebut boleh atau akan dilupuskan dalam tempoh terdekat. Aset
Judgement Debtor sehingga hari ini masih belum dicairkan dan tiada bukti dilampirkan
f -
oleh Judgement Debtor menunjukkan aset tersebut akan dicairkan dalam tempoh

terdekat ini. Sekiranya permohonan ini dibenarkan, Judgement Creditors akan terus menanggung kerugian dan akan memprejudiskan pihak Judgement Creditors. Malahan jumlah keberhutangan Judgement Debtor juga akan meningkat.
Oleh itu, permohonan Judgement Debtor untuk mengenepikan notis kebankrapan dan
' .
petisyen pemiutang ditolak dengan kos sebanyak RM300 dibayar kepada Judgement Creditors.
Creditors petisyen serah kendiri 31/5/15 aos 9/6/15
serah oa 19/6/15 aos oa 19/6/15 aob 28/12/15
pio

AO/RO
-:
Keputusan Mahkamah:  Dijatuh RO & AO.

s.g.d
Puan Noor Azreen Liana Binti Mohd Darus
Penolong Kanan Pendafar Mahkamah Tinggi lpoh
0 found this helpful
Helpful


« Previous   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.