Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank Part 3

1720 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Aug 18, 2015 at 19:08
by   kaka
Dear idries,
Sila sambung di sini. Part 2 semakin panjang susah bace.
Poskan hujahan mereka.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
121 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Aug 19, 2015 at 00:18
by   kiki
Idris ,

Tahniah atas 'kekuatan' kamu di mahkamah pagi tadi. Kamu kini, sudah hampir sebagai seorang lawyer.
Saya percaya lawyer bank tadi lebih takut dari kamu.

 

Tolong salinkan Hujahan Bertulis pihak Pemiutang Penghakiman sebagai rujukan para forumer.

Penting sekali, lebih lebih lagi kepada forumer yang telah membantu dalam penyediaan hujahan untuk diri kamu.

Selain itu info ini juga boleh di jadikan rujukan buat mereka mereka yang menghadapi situasi malang saperti yang kamu sedang lalui ini dan untuk forumer jadi kan rujukan untuk membantu orang lain pula.

Apa apa pun sementara menunggu keputusan pada 17 September nanti, kita boleh terus bincang perkara berkaitan..
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2015 at 17:52
by   kiki
Idris,

Tolong poskan lah hujahan lawyer pemiutang penghakiman itu di sini.

Ramai forumer sedang menunggu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 22, 2015 at 13:39
by   Idries
Terima kasih kerana menyambung ke part 3. Saya ada selitkan hujahan bertulis peguam bank pada bhgn akhir part 2. Bersama dengannya, saya ada beberapa soalan yang diutarakan dan sedang menanti jawapan. Terima kasih sekali lagi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 26, 2015 at 03:41
by   Idries
Salam sejahtera. Agaknya mungkin pertanyaan saya di luar perbincangan atau soalan yang tidak sepatutnya dikemukakan. Oleh itu,saya memohon maaf. Terima kasih semua.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 26, 2015 at 10:38
by   jebat
hai idries,

Soalan-soalan u tak ada masaalah.
Cuma para forumer sibuk di thread ayzek, yang juga bertempur dengan Affin Bank.
Mungkin u boleh beri sedikit pandangan dan nasihat kepada ayzek.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 28, 2015 at 00:02
by   kiki
Soalan soalan dari idries brought forward from his previous thread.

Saya ingin kemukakan beberapa soalan;
Pada 17. September nanti apakah,

1. Akan berlaku soal jawab di antara saya, pkp dan peguam bank?

mungkin ada sikit sikit saja. hujahan bertulis kamu sudah cukup kuat

2. Apakah ianya dijalankan di dalam kamar atau dalam bilik mahkamah?

Tidak ada beza antara kedua nya. Jangan peduli isu ini

3. Sekiranya peguam /pkp bertanya, mengapakah saya tidak melakukan proses penjualan rumah selepas 23 June 2015, apakah jawapan terbaik saya?

Masih dalam proses memilih harga tertinggi

4. Matlamat adalah membatalkan pp/cp kerana saya masih solven, terdapatkah suatu tempoh yang mungkin diberikan oleh pkp untuk penjualan rumah kiranya pkp melanjutkan tempoh keputusan? Apakah 17 September adalah keputusan sepenuhnya tanpa ada lagi perbicaraan?

pkp tidak akan berikan tempoh untuk menjual rumah

5. Kiranya keputusan berpihak kepada mereka,apakah langkah pertama saya?

Kamu akan buat rayuan.

6. Kiranya keputusan berpihak kepada saya, apakah langkah kedua saya selepas mengucapkan tahniah kepada anda semua?
Terima kasih.

bantu orang lain pula. Jangan biarkan mereka terkapai kapai

weii..everybody, is my jawapan correct or not,.. tell me lorr
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 28, 2015 at 03:41
by   Idries
Kiki, anda memohon pandangan orang lain tentang jawapan yang diberikan. Sebenarnya saya sendiri lega dan berpua####i dengan jawapan tersebut....thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 2, 2015 at 14:45
by   vkpc
2. Apakah ianya dijalankan di dalam kamar atau dalam bilik mahkamah?
PKP tak ada Mahkamah, cuma ada bilik kamar sahaja.  Kadangkala lebih teruk ada cubicle sahaja.
Hanya Hakim ada Mahkamah terbuka.

3. Sekiranya peguam /pkp bertanya, mengapakah saya tidak melakukan proses penjualan rumah selepas 23 June 2015, apakah jawapan terbaik saya?
Mereka tak akan tanya macam tu.

5. Kiranya keputusan berpihak kepada mereka, apakah langkah pertama saya?
Jika Saman Dalam Kamar kamu ditolak, prosedur seterusnya adalah pendengaran Petisyen Pemiutang.
Jika ini berlaku, beritahu PKP bahawa u belum bersedia untuk pendengaran Petisyen Pemiutang, nak tarikh baru untuk mendengar Petisyen.
Ini memberi masa untuk u membuat rayuan kepada Hakim Mahkamah Tinggi terhadap keputusan PKP yang menolak Saman Dalam Kamar tersebut.
Dengan memfailkan rayuan, pendengaran Petisyen Pemiutang boleh ditangguh lagi.

6. Kiranya keputusan berpihak kepada saya, apakah langkah kedua saya selepas mengucapkan tahniah kepada anda semua?
Buat kenduri.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 2, 2015 at 17:48
by   Idries
Terima kasih vkpc atas layanan dan jawapan. Thanks again
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 3, 2015 at 04:10
by   Idries
Jika saya buat kenduri, bolehkah anda semua berjanji untuk datang ke rumah saya?
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.