Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank - Part 2

2968 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Jul 16, 2015 at 04:56
by   kiki
Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank - A Summary.

Nama:     Idris Ahmad umor 49
Case No:  29NCC-2961-11/2014

* Saya bakal hadir pada 23 jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menghadapi
  Petisyen Pemiutang dan Notis Kebangkrapan bagi kes kredit kad affin bank berjumlah 56k.

* Hutang asal adalah rm3k iaitu amaun prinsipal. Kad mula diginakan pada tahun 2004.

BACKGROUND:

1. Penghakiman Ingkar didapati pada 5hb Ogos 2014

2. Saya menanda tangani penerimaan secara "hand service" pada 20/12/2014.

3. Telah menerima Notis KeBankrapan pada 3 Mar 2015

4. Notis Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015.

CHRONOLOGY of EVENTS:

[A] Pada 18 June 2015 telah memfailkan dokumen berikut:

(i)   Notis Bertindak Sendiri.

(ii)  Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang.

(iii) Notis Saman Dalam Kamar.
      (Permohonan Penghutang Penghakiman Untuk Membatalkan Petisyen Pemiutang)
Dan..

(iv) Afidavit.
     (Afidavit Membantah Petisyen Pemiutang)

Saperti berikut:....

AFIDAVIT BANTAHAN (MENENTANG PETISYEN PEMIUTANG)

Saya IDRIS BIN AHMAD (No. Kad Pengenalan – xxxxxxx ) adalah seorang warganegara Malaysia
yang cukup umur dan beralamat di No. xxxxxxx, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan dengan
sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

1) Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengetahuan peribadi saya.

2) Saya mengikrarkan affidavit ini untuk menentang Petisyen Pemiutang yang difailkan
   oleh Pemiutang Penghakiman pada 26/05/2015.

3) Saya memiliki sebuah rumah kediaman beralamat NO. xxxxxxx,
  31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN yang bernilai RM 170 000.00. Sila rujuk eksibit EJD1.

4) Baki pinjaman rumah tersebut di atas setakat 15/09/2015 adalah RM 85 914.17.
   Sila rujuk eksibit EJD2.

5) Oleh itu, jumlah bersih aset rumah jika dijual adalah RM 170 000.00 - RM 85 914.17 = RM 84 085.83 .

6) Pengiraan di atas menunjukkan bahawa saya masih solven dan boleh membayar
   tuntutan RM 56 000.00 ++ dengan penuh.

7) Saya cuma memerlukan masa untuk menjual rumah tersebut.
   Pemiutang Penghakiman sepatutnya berpengetahuan tentang harta rumah saya,
   atau pun membuat carian harta sebelum memulakan prosiding kebankrapan ke atas saya.

8) Penghutang Penghakiman yang masih mampu membayar hutangnya (still solven ) tidak patut
   dihukum bankrap kerana Pemiutang Penghakiman masih boleh menggunakan perlaksanaan lain yang
   diperuntukkan di dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

9) Prosiding Kebankrapan sepatutnya hanya difailkan sebagai cara perlaksanaan yang terakhir
   (last resort), kerana impaknya yang dasyat ( draconian ) terhadap Penghutang
   Penghakiman dan keluarganya.

Maka, Penghutang Penghakiman memohon supaya Petisyen Pemiutang ini dibatalkan tanpa kos.

[b] Menghadiri perbicaraan di Mahkamah pada 23 June dan
PKP telah membuat keputusan saperti berikut:

1. Judgement Creditor dikehendaki membuat afidavit balas pada 14 Julai.
2. Judment Debtor dikehendaki membuat balasan sebelum 4 August.
3. JC dan JD dikehendaki memasukkan hujahan secara serentak pada 18 August.

[C] Pada 14 Julai Judgement Creditor telah memfailkan afidavit balas
           saperti yang di putuskan oleh PKP. Afidavit jawapan balasan JC saperti berikut:-

AFIDAVIT JAWAPAN BALAS PEMIUTANG PENGHAKIMAN

Kami,laxxx xxxxxx [No. K/P:xxxxxx] dan Noorxxxx xxxxxx [No.K/P:xxxxxx]
adalah warganegara Malaysia yang cukup umur dan yang beralamat di Affin BankBerhad, Litigation Unit,
CLSAM ShahAlam, 2ndFloor, Bangunan AfiinBank, No.P3.4, PersiaranPerbandaran Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan dengan ini sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1.Kami adalah Pengurus Cawangan di syarikat Plaintif dan kami telah diberi kuasa dengan
  sepenuhnya untuk membuat afidavit ini bagi dan untuk pihak Plaintif.

Kecuali dan melainkan dimana diakui secara nyata disini,kesemua fakta ­fakta, perkara dan maklumat
yang dinyatakan disini adalah benar atas pengetahuan kami sendiri dan dari dokumen-dokumendan
rekod-rekod yang mana kami mempunyai akses.

Tujuan pemfailan Afidavit ini adalah untuk menjawab Afidavit Bantahan Penghutang Penghakiman
yang iikrarkan oleh Idris bin Ahmad pada 18/6/2015 yang memohon untuk antara lainnya untuk
menentang Petisyen Pemiutang yang bertarikh 26/05/2015.

2. Pemiutang Penghakiman mengakui alamat yang diduduki adalah seperti alamat
penyerahan Petisyen Pemiutang tersebut.

Perenggan 3, 4, 5, 6,dan 7 adalah diluar pengetahuan Pemiutang Penghukandan Penghutang Penghukuman
adalah diletakkan diatas beban bukti kukuh.

Bagi menjawab Perenggan 8 dan 9 Afidavit Bantahan tersebut, setelah dinasihati oleh peguamcara
Pemiutang Penghakiman, kami sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa tindakan kebankrapan
dimulakan diatas kegagalandan/atau kelalaian Penghutang Penghakiman menjelaskan tuntutan jumlah
tunggakan terhadap Pemiutang penghakiman walaupun pihak Penghutang Penghakiman telah diberikan notis-notis
peringatandan/atau pemberitahuan sebelum tindakan dimulakan.

Sesalinan notis-notis peringatan dan/atau pemberitahuan yang masing­masing bertarikh 04/06/2014 dan
27/08/2014 ditunjukkan dan ditandakan sebagai Ekshibit "A-1".

Seterusnya kami menyatakan bahawa Defendan telah dan masih berhutang kepada Plaintif sehingga ke hari ini.

Oleh yang demikian, kami dengan rendah diri memohon permohonan Penghutang Penghakiman untuk membatalkan Petisyen
Pemiutang melalui Saman Dalam Kamarber tarikh 23/4/2014 ditolak dengan kos dibayar kepada Plaintif.

[D] Idris (Judment Debtor) dikehendaki membuat balasan sebelum 4 August.
          

Idris perlu membuat deraf balasan nya dan mengharapkan komen dari forumer untuk di perbaiki.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
95 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Jul 16, 2015 at 11:28
by   notalawyer
Paragaph 8 and 9 of the Judgement Debtor's Affidavit says that
"the bank should have used other methods of execution, not bankruptcy as the JD is still solvent".
The bank replies by saying that
"all bankruptcy documents are in order, have been served and JD still owes money".
It's like a chicken talking to a duck.

Maybe no need to reply that Afidavit Jawapan and start preparing the
Written Submission ( Hujahan Bertulis ).
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 17, 2015 at 01:41
by   kiki
Afadavit oleh JD

8) Penghutang Penghakiman yang masih mampu membayar hutangnya (still solven ) tidak patut
dihukum bankrap kerana Pemiutang Penghakiman masih boleh menggunakan perlaksanaan lain yang
diperuntukkan di dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

9) Prosiding Kebankrapan sepatutnya hanya difailkan sebagai cara perlaksanaan yang terakhir
(last resort), kerana impaknya yang dasyat ( draconian ) terhadap Penghutang
Penghakiman dan keluarganya.

Afidavit Balasan oleh JC

Bagi menjawab Perenggan 8 dan 9 Afidavit Bantahan tersebut,
setelah dinasihati oleh peguamcara Pemiutang Penghakiman,

kami sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa tindakan kebankrapan
dimulakan diatas kegagalandan/atau kelalaian Penghutang Penghakiman
menjelaskan tuntutan jumlah tunggakan terhadap Pemiutang penghakiman
walaupun pihak Penghutang Penghakiman telah diberikan notis-notis
peringatandan/atau pemberitahuan sebelum tindakan dimulakan.

Seterusnya kami menyatakan bahawa Defendan telah dan masih berhutang
kepada Plaintif sehingga ke hari ini.

It's like a chicken talking to a duck.

Notalawyer, do you mean that the Plaintif does not specifically argue
the point raised by JD Idris in his afidavit statement no.8 and no.9?
What advantage to this would the JD has then?

If JD not give any reply before 4th of Aug. as ordered by PKP, what
will be the consequences then?

I guess the main point in the Hujahan Bertulis  by Idris should be that
he is still solven and the CP is null n void. Correct?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 17, 2015 at 02:48
by   notalawyer
do you mean that the Plaintif did not specifically reply to
the points raised by JD Idris in his affidavit paragraphs no.8 and no.9?

Yes.  They did not properly reply.  They replied by talking about something else.
Possibly they did not know how to reply to such unusual issues.

What advantage to this would the JD has then?
Only a small advantage.
The chances of defeating this Creditor's Petition is only 20% because everything is done last minute.
Unfortunately because Idris's command of English is not so good and he did not take the initiative to read up on law or ask important questions, his chances is now only 10%.

If JD not give any reply before 4th of Aug. as ordered by PKP, what
will be the consequences then?

Don't be mistaken.  What the PKP ordered was to file a reply before 4th August if there is a reply.
Idris should reply that affidavit if there is something new there, but I can't find anything new to reply to.
Can you?  The trick is to know when to stop.  Not many lawyers know when to stop replying.

I guess the main point in the Hujahan Bertulis by Idris should be that
he is still solvent and the CP is null n void. Correct?

The Creditor's Petition is not Null and Void, but it should be set aside due to the JD being still solvent.
This is based on a precedent case.
However, that case seems to be controversial and some judges may not follow it.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 19, 2015 at 06:31
by   jeff005
DEAR  EDITOR

As a registered member, I hope to make 2 requests. It is a possible infringement to the PDPA 2014. If the posted contents has not been amended, and if it is a real registered/filed document in court our fellow forumers, Idries, ol'man and kiki could be........

Request 1
Please remove/amend the names and k/p nos on all of the above thread, Part 1 and Part 2.

Request 2
Please DO NOT REMOVE the part bestowed upon me "attention seeking w h o r e!" I really do cherish this new nickname.

Thank you for your kind attention.

JeffOO5
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 19, 2015 at 13:46
by   vkpc
There is no question of infringement of PDPA when a person freely provides his/her own personal info.
No problems here.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 19, 2015 at 17:17
by   PitStop
Yes. Agreed this point.
How about the third party names and ic numbers appeared in bank lawyers affidavits posted here?
Just wondering.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 22, 2015 at 00:06
by   Idries
Saya tiada cc kepada Avengers Malaysia dan tidak menerima tawaran tersebut. Saya akan cuba merayu lagi kepada mereka.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 22, 2015 at 01:28
by   jebat
Surat tawaran kedua u mesti memberi amaran kepada bank apa u akan buat jika mereka masih menolak tawaran
u dan mesti cc kepada Avengers M'sia untuk lagi takutkan mereka.

Salinkan deraf surat tawaran kedua u disini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 22, 2015 at 02:44
by   kiki
1. Judgement Creditor dikehendaki membuat afidavit balas pada 14 Julai.
2. Judment Debtor dikehendaki membuat balasan sebelum 4 August.
3. JC dan JD dikehendaki memasukkan hujahan secara serentak pada 18 August.

Idris,

Forumer cuba ringkaskan dan rumuskan sekali lagi peringkat peringkat yang telah kamu lalui dan akan laui supaya kamu tahu di mana kamu berada mengikut peringkat/perkara tersebut diatas dengan harapan dapat kamu sesuai kan diri pada keadaan keadaan itu.

Perkara 1.
Pihak Judgement Creditor telah pun memfailkan afidavit balas kepada afidavit yang kamu failkan pada 18 June dulu.

Perkara 2.

Oleh kerana di dapati tiada perkara baru yang telah di kemukakan dalam afidavit balas oleh JC itu, lebih lebih lagi pada perkara no. 8 dan no. 9, forumer tidak nampak lagi alasan nya untuk membuat affidavit balasan maka forumer berpendapat kamu abaikan saja perkara ini. Sebalik nya kamu beri tumpuan kepada Perkara 3. Melainkan kamu ada alasan nya yang mungkin para forumer tidak nampak.

Perkara 3.

Ini peringkat akhir dan kritikal. Ini bukan peringkat untuk mengemukakan apa apa bukti baru lagi. Ini peringkat kamu berhujah menegakan segala bukti, alasan alasan dan  pengakuaan yang telah kamu kemukakan melaui afidavit yang telah kamu failkan.

Kamu cari dan baca kes kes lepas dalam forum ini, 'apa itu' dan 'bagaimana' untuk menyediakan Hujahan Bertulis atau bahasa inggeris nya 'Written Submission'.

Kamu kena tahu perkara penting ini kerana tidak boleh mengharapkan untuk berdiam diri saja saperti mana peringkat nya semasa case management dulu. Jika ada perkara yang perlu penjelasan lisan setidak tidak nya apa yang kamu katakan itu relevan dan di lihat kamu mengetahui nya.

So .. ada kurang lebih dari sebulan lagi untuk kamu menyediakan nya. Nanti poskan deraf nya di sini untuk para forumer yang sudi membantu memberikan komen.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 23, 2015 at 05:20
by   Idries
Saya akan merayu untuk pengurangan jumlah penyelesaian. Mungkin perlaksanaan bayaran ansuran melalui perjanjian mahkamah menjadi jalan terakhir untuk penyelesaian.
Jika gagal lagi,lelongan rumah akan menjadi masalah besar kepada mereka kerana dengan harga lelongan yang rendah, proof of debts dari 5 bank yang lain akan menyusul. Katakan ansuran sebanyak rm100 sebulan akan dikongsi sesama mereka. Ini akan merugikan merek dengan banyak dan jelas. Saya tiada pekerjaan tetap dan tiada pendapatan tetap. Ini juga merupakan amaran jika mereka menolak tawaran saya. Apapun, amaran ini juga akan menyebabkan saya kehilangan rumah.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.