Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2018 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
« Previous   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   Next »  Last »

answered on Jun 16, 2015 at 13:54
by   jebat
Hai Idries,

Kamu hanya ade 2 hari sahaja untuk failkan semua dokumen.
Postkan dokumen-dokumen yang u sudah siap sekarang disini untuk semakan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 14:47
by   Idries
Ok boss....in progress
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 18:35
by   Idries
Dokumen berkaitan

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

AFIDAVIT BANTAHAN (MENENTANG PETISYEN PEMIUTANG)

Kepada Pendaftar,

Saya  IDRIS BIN AHMAD (No. Kad Pengenalan – xxxxx ) adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. xxxxx, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan  dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengetahuan peribadi saya.

Saya mengikrarkan affidavit ini untuk menentang  Petisyen Pemiutang yang difailkan oleh Pemiutang Penghakiman pada  26/05/2015.

Saya memiliki sebuah rumah kediaman beralamat  NO. xxxxx, 31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN  yang bernilai RM 180 000.00. Sila rujuk eksibit EJD1.

Baki pinjaman rumah tersebut di atas setakat  15/09/2015 adalah RM 85 914.17. Sila rujuk eksibit  EJD2.

Oleh itu, jumlah bersih aset rumah  jika dijual adalah  RM 180 000.00  -  RM 85 914.17  =  RM 95 000.00 .

Pengiraan di atas menunjukkan bahawa saya masih solven dan boleh membayar tuntutan  RM 56 000.00  ++ dengan penuh.

Saya cuma memerlukan masa untuk menjual rumah tersebut.

Pemiutang Penghakiman sepatutnya berpengetahuan tentang harta rumah saya , atau pun membuat carian harta sebelum memulakan prosiding kebankrapan ke atas saya.

Penghutang Penghakiman yang masih mampu membayar hutangnya  (still solven ) tidak patut dihukum bankrap kerana  Pemiutang Penghakiman masih boleh menggunakan perlaksanaan lain yang diperuntukkan di dalam  Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Prisiding Kebankrapan sepatutnya hanya difailkan sebagai cara perlaksanaan yang terakhir  ( last resort ), kerana impaknya yang dasyat  ( draconian ) terhadap  Penghutang Penghakiman  dan keluarganya.

Maka, Penghutang Penghakiman memohon supaya  Petisyen Pemiutang ini dibatalkan  tanpa kos.

Berkenaan dengan Afidafit oleh  Deponen  ) ……………………………………………….

Yang bernama    ) ……………………………………………….

Yang diikrarkan di Ipoh   ) ……………………………………………….

Pada ………………..2015   ) ……………………………………………….

Di hadapan saya,

-----------------------------------------------------------
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman  yang beralamat di :-

No. xxxxx,
31350 Ipoh,
Perak darul Ridzuan.
Telefon -  013 4141369

Seterusnya
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA
IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG

Kepada Pendaftar,

Saya,  IDRIS BIN AHMAD, Penghutang  Penghakiman di atas,  adalah dengan ini memberi notis kepada kamu bahawa saya bercadang hendak membangkang terhadap Petisyen Pemiutang  kerana saya masih solven dan boleh membayar kesemua hutang saya dengan sepenuhnya.

Bertarikh pada  15/06/2015

-----------------------------------------------------------
( Idris Bin Ahmad )
Penghutang Penghakiman
No. Kad Pengenalan : xxxxx)

Kepada :-
1.  Pendaftar , Mahkamah Tinggi Ipoh
2.  Tetuan Txxxxxx Bxxxxxxx & Partners

Notis ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-

No. xxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon -  01x xxxxxxx

Seterusnya

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA
IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS  BERTINDAK SENDIRI

Kepada Pendaftar,

Saya,  IDRIS BIN AHMAD, Penghutang Penghakiman di atas adalah dengan ini berniat hendak bertindak sendiri dalam tindakan ini dan bahawa alamat saya untuk penyampaian adalah seperti berikut :-

No. xxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon -  01x xxxxxxx

Bertarikh pada  15/06/2015

-----------------------------------------------------------
( Idris Bin Ahmad – Penghutang Penghakiman)

Seterusnya

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA
IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

PERAKUAN MENGENAL PASTI EKSIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut ini adalah eksibit yang ditandakan sebagai EB1 yang dirujukan  dalam Afidavit  Sokongan  oleh

IDRIS BIN AHMAD  ( NO. KAD PENGENALAN :  xxxxxxx )

Pada  15/06/2015

Di hadapan saya,

-----------------------------------------------------------
PESURUHJAYA SUMPAH

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

SAMAN DALAM KAMAR
(Permohonan Penghutang Penghakiman Untuk Membatalkan Petisyen Pemiutang)

Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim dalam kamar pada hari  23 Jun 2015, pukul  9.00 pagi , mendengarkan permohonan di pihak  Penghutang Penghakiman untuk perintah membatalkan  Petisyen Pemiutang. Alasan-alasan membuat permohonan adalah seperti berikut :-

Penghutang Penghakiman masih mampu menjelaskan semua hutang dengan penuh.

Penghutang Penghakiman sekadar memerlukan tempoh yang munasabah bagi menjelaskan hutang.

Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam  Afidavit Membantah Petisyen Pemiutang  (permohonan  Penghutang  Penghakiman  untuk membatalkan  Petisyen Pemiutang ).

-----------------------------------------------------------
Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Ipoh

Saman ini diambil oleh  Penghutang Penghakiman  yang beralamat  di :-

Idris  Bin Ahmad,
No. xxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

No. Telefon :  01x xxxxxxx

Salinan kepada  Penghutang  Penghakiman,

Tetuan  Txxxxxx  Bxxxxxxx & Partners,
Peguamcara & Peguambela,
Suite x-xx-xx, AMCorp Business Suite,
xth Floor, Menara Melawangi,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

[RUJ : TBP / PJ / AFFINCARD / L / 143155-14 / 191 / JIHA]
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 19:44
by   jebat
Dalam dokumen Saman Dalam Kamar

3. Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Membantah Petisyen Pemiutang (permohonan Penghutang Penghakiman untuk membatalkan Petisyen Pemiutang )

kena tukar kepada

3. Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Bantahan ( menentang Petisyen Pemiutang ).
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 19:50
by   jebat
Dalam dokumen PERAKUAN MENGENAL PASTI EKSIBIT

EB1 kenalah ditukar kepada EJD1 bagi dokumen pertama dan EJD2 bagi dokumen kedua.
U nampak macam masih tidak faham.

Tarikh hendaklah dikosongkan kerana nanti tarikh yang betul akan di-cop of Pesuruhjaya Sumpah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 19:54
by   jebat
Dalam dokumen Notis Bertindak Sendiri

Tarikh mesti dikosongkan kerana akan di-chop di kaunter Mahkamah pada hari di-failkan.

Pada hujung dokumen mesti ada pengindorsan seperti yang berikut :-

Notis ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-

Idris bin Ahmad
No. xxx, Jalan xxxx xxxx,
xxxxx Lapangan Sentosa,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon - 01x 4xxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 19:56
by   Idries
Saya mohon maaf kerana gagal paste ke forum. Saya akan email kepada salah seorang forumer.
Sementara itu, saya ada hubungi encik ismail yg juga director dalam syarikat suleiman and co di perai (dulu ipoh) dan difahamkan bahawa mengeluarkan sehelai dokumen dan menyatakan harga pasaran adalah tidak dibenarkan. Ianya perlu melalui proses penilaian standard. Penilaian sebegini memang akan sy lakukan sekiranya rumah saya ini hendak saya jual kepada anak saya.

Oleh itu,di dalam dokumen eksibit, penanda bagi EJD1 (eksibit judgement debtor terpaksa digugurkan dan hanya ejd2 diterima kerana ada dokumen. Pernomboran bg ejd2 ditukar ke ejd1.

Boleh juga saya terangkan kpd hakim bahawa penilaian hartanah memang semakin meningkat. Contohnya, sy beli rumah 2002 dgn 72k. Sy ada buat penilaian pd 2004 dan nilai meningkat kpd 85k. Dgn anggapan 12k untuk 2 tahun,maka secara kasar ada kenaikan sebanyak 72k. Harga boleh diletakkan pada kadar 170k minimum.
terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 19:58
by   jebat
Dalam dokumen NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG

Tarikh mesti dikosongkan untuk cop.

Ayat "Kepada Pendaftar" mesti dihilangkan.
( jangan pandai-pandai tambah perkataan-perkataan yang tidak relevan!  Dokumen in bukan surat. )
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:05
by   jebat
Dalam dokumen AFIDAVIT BANTAHAN

Prisiding Kebankrapan sepatutnya hanya difailkan sebagai cara perlaksanaan yang terakhir ( last resort ), kerana impaknya yang dasyat ( draconian ) terhadap Penghutang Penghakiman dan keluarganya.
=> ejaan prosiding salah.

Tajuk mestilah macam dibawah
AFIDAVIT BANTAHAN
(menentang Petisyen Pemiutang)

Ayat "Kepada Pendaftar" mesti dihilangkan.
( jangan pandai-pandai tambah perkataan-perkataan yang tidak relevan! Afidavit in bukan surat. )

Berkenaan dengan Afidafit oleh Deponen ) ……………………………………………….
Yang bernama ) ……………………………………………….
Yang diikrarkan di Ipoh ) ……………………………………………….
Pada ………………..2015 ) ……………………………………………….

Ejaan Afidavit salah.
Selepas "Yang bernama" mestilah dimasukkan nama u.
Hilangkan ..............  selepas tutup kurungan ).  Ikut format afidavit yang diberi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:09
by   jebat
Jangan email.

Poskan kembali setiap dokumen selepas di perbetulkan.
Satu dokumen satu posting.
Jangan pos semua dokumen dalam satu posting!
0 found this helpful
Helpful


« Previous   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.