Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2017 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

answered on Jun 15, 2015 at 03:48
by   Idries
Saya ada beberapa soalan tuan. Yang mana satu surat yang perlu saya hantar ke bahagian pendaftar mahkamah. Selain itu,notis yang manakah yang perlu dibuat salinan lebih dari 1 keping. Lagi, dokumen yang memerlukan tandatangan pesuruhjaya sumpah juga perlu dihantar juga ke pendaftar?
Tentang statement housing loan dan valuation letter,perlu di bawa semasa bicara atau diserahkan bersama dokumen lain ke pendaftar.
terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 03:48
by   jeff005
@ Idris

No worry you can amend things step by step.

You are really good. You can absorb so much in just a few days.

You can and be able to Self Represent yourself in COURT.
NO need those F.. lowyers who most probably will lose for you and makam your moneys.

It may be too little time have to get a official valuation of yr house, can use newpapers cutting,
print online sales offer price, find something.. Leaflets of nearby new condos prices..??

Maybe can even get a postponement with a "loose bantahan"..??

@ notalawyer..
can the above be workable as time is short??

Steady bro..

Double "O" 5
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 04:09
by   Anonymous
@Idris,
Di bawah ini adalah dokumen SAMAN DALAM KAMAR setelah di perbetulkan berdasarkan komen oleh forumer di atas.

Ia mungkin perlu di perbetulkan lagi setelah mendapat komen selanjut nya,
Kamu ikuti betul betul perkembangan discusion dalam forum ini seterus nya dan faham kan apakah point yang membuat
mereka membuat berkeputusan sebegitu rupa.

Perkara no. 3 di bawah adalah berkenaan affidavit. Kandungan nya adalah strategi memperkuatkan kenyataan  perkara 1. dan 2.

Objektif forumer adalah nmelengahkan kebankrapan ke atas kamu pada 23 jun ini..


============================================================================================x

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P : xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T) - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

SAMAN DALAM KAMAR
(Permohonan Penghutang Penghakiman Untuk Membatalkan Petisyen Pemiutang)

Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim dalam kamar pada hari 23 Jun 2015, pukul 9.00 pagi , mendengarkan permohonan di pihak Penghutang Penghakiman untuk perintah membatalkan Petisyen Pemiutang. Alasan-alasan membuat permohonan adalah seperti berikut :-

1. Penghutang Penghakiman masih mampu menjelaskan semua hutang dengan penuh.

2. Penghutang Penghakiman sekadar memerlukan tempoh yang munasabah bagi menjelaskan hutang.

3.Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Membantah Petisyen Pemiutang (permohonan Penghutang Penghakiman untuk membatalkan Petisyen Pemiutang ).

-------------------
Idris Bin Ahmad
(Penghutang Penghakiman)

Permohonan ini di failkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-

No. xxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

No. Telefon : 01x xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 05:28
by   Anonymous
Saya ada beberapa soalan tuan.
Ok.. soalan nya.

Yang mana satu surat yang perlu saya hantar ke bahagian pendaftar mahkamah.

Bukan surat tetapi dokumen dokumen berikut:

1) NOTIS BERTINDAK SENDIRI.

2) NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG.

3) NOTIS SAMAN DALAM KAMAR
   (Permohonan Penghutang Penghakiman Untuk Membatalkan Petisyen Pemiutang)

4) AFIDAVIT.
   (Afidavit Membantah Petisyen Pemiutang)

Dokumen diatas perlu kamu filekan di bahagian Pendaftaran Mahkamah 4 hari sebelum tarikh perbicaraan kes kebankrapkan kamu.

Kamu dilihat saperti tidak mementingkan kefahaman akan isi kandungan dokumen dokumen tersebut berdasarkan deraf dokumen yang kamu buat.

Nanti kamu kena jawab sendiri di mahkamah sebab kamu telah filekan notis bertindak sendiri.

Dokumen No.4 di atas ia itu Affidavit PERLU di cop oleh persuruhjaya sumpah duhulu sebelum di filekan, BAGAIMANAPUN yang
penting sekarang ini adalah isi kandungan afidavit itu sendiri. Ini lah sebab nya para forumers meminta kamu carikan eg..penilian rumah dan sebagai nya
untuk di cari bahan apakah yang hendak di isi dalam afidavit kamu itu..

Peringatan Afidavit yang kamu sediakan itu tidak boleh di pakai dan jangan Pakai. Gerenti kalah saperti komen forumer berpengalaman di atas.

Selain itu, notis yang manakah yang perlu dibuat salinan lebih dari 1 keping.
Kamu buat lah 4 salinan sepatutnya.
1 salinan untuk di filekan
1 salinan untuk diri kamu sendiri.
1 salinan hantarkan kepada lawyer plaintif.

Lagi,

Apa lagi..

dokumen yang memerlukan tandatangan pesuruhjaya sumpah juga perlu dihantar juga ke pendaftar?
Ya, dan sudah di jawab. Lihat jawapan di atas.

Tentang statement housing loan dan valuation letter, perlu di bawa semasa bicara atau diserahkan bersama dokumen lain ke pendaftar.
terima kasih


Kamu poskan di sini butir penilaian itu (nilai rumah kamu terkini ) saperti di minta.

Apa saja, semua dokumen dokumen berkenaan kamu susun lah dalam satu folder. Ringan saja. Jadi tidak ada soalan samada nak bawa atau tidak.
Kamu bawa semua sekali setiap kali ke Mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 05:47
by   Anonymous
@idris

My advise to you is to fight only on one issue
c. You are still solvent and able to pay all your debts in full


Where are the exhibits?
i.Latest bank statement for your housing loan?
ii. Valuation report for your house?
These 2 exhibits need to be included in your Affidavit.


Fahamkan statement di atas dan sediakan saperti di minta pada i dan ii itu
untuk penyedian afidavit kamu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 06:39
by   Idries
Notis bertindak sendiri,notis niat membangkang pp dan notis saman dalam kamar telah melalui editing completed. Already printout each notice 1 set. Meanwhile,for afidagit bantahan, sudah remove statement akhta had masa. Still waiting any update for its concern.
Esok akan dapatkan statement loan rumah dan cuba hubungi kawan di pejabat evaluation.
terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 06:53
by   Idries
Tuan ol'man. Terima kasih dengan maklumat. Sebenarnya saya faham dengan isi kandungan tp tidaklah seratus peratus. Tidaklah saya copy tanpa memahaminya. Inilah kali pertama saya berurusan untuk kes sebegini. Pertama kali saya jejak kaki ke halaman mahkamah tinggi walau pun hampir setiap minggu melalui depan mahkamah. Saya akan dapatkan maklumat yang tuan minta dengan secepat mungkin dan maklumkan pada tuan. Terima kasih dgn tunjuk ajar dan bimbingan. Terima kasih juga untuk forumer yang lain. Untuk afidavit, bhgn akhta had masa dan notis kebankrapan telah saya keluarkan dari ruangan. Numbering pada setiap paragraph memang wujud tetapi tidak kelihatan bila saya copy and paste.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 11:38
by   notalawyer
You need this Exhibit Cover page in front of every exhibit.
Since you have 2 exhibits, you need 2 of this page below.  Each page must also be signed by Commmisoner of Oath.
All exhibits (with cover pages) are to be stapled together with your Affidavit and filed as one document. 


DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
NO. KEBANKRAPAN : 29NCC-2961-11/2014

IDRIS BIN AHMAD - Penghutang Penghakiman
(No. K/P : xxxxxx-xx-xxxx)

AFFIN BANK BERHAD - Pemiutang Penghakiman
(No. Syarikat : 25046-T)

PERAKUAN MENGENALPASTI EKSIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut ini adalah eksibit yang ditandakan
sebagai EB1 yang dirujukan dalam Afidavit Sokongan oleh
(No. KP. XXXXXX-XX-XXXX ) yang diikrarkan

pada ............................. 2011.

Di hadapan saya,

.......................
PESURUHJAYA SUMPAH
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 17:08
by   notalawyer
Use this Affivait as you are running out of time.
Print 3 copies of this affidavit.
Attach the 2 exhibits with their cover page each.
Do not sign it yet.
Only sign it in front of a Commisionner of Oath.
Make sure the Commisionner of Oath also sign the exhibit cover pages.

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P : xxxxxx-xx-xxxx / A xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T) - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

AFIDAVIT BANTAHAN
( menentang Petisyen Pemiutang )

1. Saya IDRIS BIN AHMAD (No. Kad Pengenalan – xxxxxx-xx-xxxx / A xxxxxxx ) adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. xxx, Jalan xxxxx xxxx, xxxxx xxxxxxxx xxxxxxx, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

2. Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengetahuan peribadi saya.

3. Saya mengikrarkan affidavit ini untuk menentang Petisyen Pemiutang yang difailkan oleh Pemiutang Penghakiman pada 26/05/2015.

4. Saya memiliki sebuah rumah kediaman beralamat yang bernilai RM XXX,XXX.00.  Sila rujuk eksibit EJD1.

5. Baki pinjaman rumah tersebut diatas setakat DD/MM/YYYY adalah RM XX,XXX.00.  Sila rujuk eksibit EJD2.

6. Oleh itu, jumlah bersih aset rumah jika dijual adalah  RM XXX,XXX.00 - RM XX,XXX.00 = RM XXX,XXX.00

7. Pengiraan diatas menunjukkan bahawa saya masih solven dan boleh membayar tuntutan RM 56,000.00++ dengan penuh.

8. Saya cuma memerlukan masa untuk menjual rumah tersebut.

9. Pemiutang Penghakiman sepatutnya berpengetahuan tentang harta rumah saya, ataupun membuat carian harta sebelum memulakan
prosiding kebankrapan terhadap saya.

10. Penghutang Penghakiman yang masih mampu membayar hutangnya ( still solvent ) tidak patut dihukum bangkrap kerana
Pemiutang Penghakiman masih boleh menggunakan perlaksanaan lain yang diperuntukkan di dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

11. Prosiding Kebankrapan sepatutnya hanya difailkan sebagai cara perlaksanaan yang terakhir ( last resort ), kerana impeknya yang
dahsyat ( draconian ) terhadap Penghutang Penghakiman dan keluarganya.

12. Maka Penghutang Penghakiman memohon supaya Petisyen Pemiutang ini dibatalkan tanpa kos.

Berkenaan dengan Afidavit oleh Deponen )

yang bernama Idris bin Ahmad )

Yang diikrarkan di Ipoh )

Pada ………………..2015 )

Di hadapan saya,

-----------------------------
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Bantahan ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-

No. xxx, Jalan xxxxx xxxx,
xxxxx xxxxxxxx xxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon - 01x xxxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 17:42
by   jeff005
8. Saya cuma memerlukan masa untuk menjual rumah tersebut

Can we say request 18months period for the sale of house/transfer/final payment from buyer? This may strenghten this request with a commitment to settle. Ask for 1 1/2 year before the plantiff request for 1 year period. I hope I am not too harsh, for sure this house has to sell. But you are bankrupted, the Housing loan Loan bank controls the sale price, rugi manyak lo.. When u sell on your own, you can even sell to your children, relatives, friends.. Few years later buy back la... Can oso sell to yr new gf.. hehee..
0 found this helpful
Helpful


« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.