Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2170 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Jun 13, 2015 at 20:35
by   notalawyer
Post the draft warning letter under another thread titled Avengers vs Affin, but only after I have checked the draft to make sure the wordings are appropriate.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 14, 2015 at 03:24
by   Idries
All documents are in progress....thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 14, 2015 at 03:46
by   jeff005
Tq for updating us regularly
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 14, 2015 at 15:20
by   jeff005
@ Idris Ahmad

I could have made an error by sending diff sets of samans to diff KEY AVENGERS. MY error.
There are 2 sets
1/SamanA - 5 PDF
2/SamanB - 5 PDF

It has been rectified. Please allow them time to study thru. You may still have time to send in by 16th June in the afternoon. No worry. Meanwhile the basic documents is still the same. You can post it here on the forum for corrections.

@ vkpc
@ Pitstop
@ Gladt
Please contact me by sms and/or WeChat if you did not receive the above 10 PDF's.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 14, 2015 at 19:05
by   Idries
To notalawyer....
all documents related were completed. May i know, which email address that i need to send for checking and may be need restructure again.
the documents are
-notis membangkang
-notis tindakan sendiri
-afidavit bantahan
-saman dalam kamar

Help me and thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 14, 2015 at 19:09
by   Idries
The message also for other forumers and myself request for help. Especially for afidavit bantahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 14, 2015 at 19:28
by   notalawyer
Post all documents here for checking.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 14, 2015 at 20:34
by   Anonymous
@idries,

To notalawyer....
all documents related were completed. May i know, which email address that i need to send.


Notalawyer has no email. When he says, post it here. You post it here.

There is not much typing to do comparing to what you have at stake.

Much of it will only requires you to " copy n paste "
Type it as exactly like your final document to be file in Mahkamah.

Do it.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 01:51
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

AFIDAVIT BANTAHAN MENENTANG PETISYEN PEMIUTANG

Kepada Pendaftar,

Saya  IDRIS BIN AHMAD (No. Kad Pengenalan – xxxxxx ) adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. xxxxxx, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan  dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengetahuan peribadi saya.

Saya mengikrarkan affidavit ini untuk menentang  Petisyen Pemiutang yang difailkan oleh Pemiutang Penghakiman pada  26/05/2015.

Perenggan  (4) Petisyen Pemiutang dinafikan dan saya menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah diserahkan Notis Kebankrapan dan tidak pernah melakukan apa-apa Perbuatan Kebankrapan. Saya meletakkan bahan bukti kukuh kepada kebenaran pernyataan perenggan  (4) tersebut.

Petisyen Pemiutang di atas tidak memenuhi syarat – syarat Seksyen 5 (1) – (c) dan Seksyen  6 (2) – (b)  Akhta Kebankrapan  1967 dan dengan demikian mestilah ditolak dengan kos.

Defendan dalam tahun  2005 telah ditawarkan kad kredit plaintif  (MasterCard).

Had kredit akaun kredit adalah RM 3000.00 sahaja.

Akaun kad kredit tersebut adalah akaun kad kredit yang biasa tanpa sebarang keistimewaan.

Tarikh terakhir bayaran ansuran dibuat kepada akaun kad kredit tersebut adalah sekitar tahun 2005.

Sekitar tahun 2006, akaun kad kredit tersebut telah tertunggak pembayarannya dan penggunaannya dibatalkan oleh plaintif.

Plaintif tidak pernah menghantar kad  gantian  / baru kepada defendan sejak tahun 2006.

Defendan menafikan kandungan perenggan (2) dalam Petisyen Pemiutang.

Pernyataan tuntutan Plaintif adalah cacat kerana ia tidak memberi perincian bagaimana jumlah hutang yang tertunggak dikira.

Selanjutnya, defendan memohon supaya saman dan pernyataan tuntutan ditolak dan dibatalkan dengan kos atas sebab-sebab berikut :-

Tuntutan plaintif adalah dihalang oleh  Akhta Had Masa 1953 di bawah Seksyen 6 (1) apabila Plaintif tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang dalam tempoh 6 tahun dari tarikh kad kredit dibatalkan.

Pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak boleh dipakai.

Penghutang Penghakiman memohon kos RM 2000.00 (Dua Ribu Ringgit) sebagai pampasan kos  “ getting up “  dan penyelidikan , kos-kos perjalanan dan kos failing dari Mahkah yang Mulia ini.

Berkenaan dengan Afidafit oleh  Deponen  ) ……………………………………………….

Yang bernama    ) ……………………………………………….

Yang diikrarkan di Ipoh   ) ……………………………………………….

Pada ………………..2015   ) ……………………………………………….

Di hadapan saya,

-----------------------------------------------------------
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman  yang beralamat di :-

No. xxxxx
31350 Ipoh,
Perak darul Ridzuan.

Telefon -  01x xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2015 at 02:01
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA
IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG

Kepada Pendaftar,

Ambil perhatian bahawa saya IDRIS BIN AHMAD, defendan yang dinamakan di atas adalah dengan ini member notis kepada kamu bahawa saya bercadang hendak membangkang terhadap Petisyen Pemiutang dan saya mempertikaikan Perbuatan Kebankrapan  telah berlaku.

Bertarikh pada  15/06/2015

-----------------------------------------------------------
( Idris Bin Ahmad )
Penghutang Penghakiman
No. Kad Pengenalan : xxxxxx)

Kepada :-
1.  Pendaftar , Mahkamah Tinggi Ipoh
2.  Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners

Notis ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-

No. xxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon -  01x xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.