Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2022 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
« Previous   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   Next »

answered on Jul 15, 2015 at 15:10
by   kiki
Saya harap anda semua dapat emailkan kepada saya di idries139@gmail.com dengan pertanyaan untuk afidavit jawapan

Forumer mana ada obligation untuk menulis email kepada kamu.

Kalau perlukan mereka. Kamu poskan di sini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 15, 2015 at 22:49
by   Idries
[Mixed up formatting. Content removed.]
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 16, 2015 at 04:51
by   Idries
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DI DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
DALAM PERKARA KEBANKRAPAN N0.29NCC-2961-11/2014

ANTARA

AFFIN BANK BERHAD (25046-T) ... PEMIUTANG PENGHAKIMAN

DAN

IDRIS BIN AHMAD

(No. K/P: xxxxxx) ... PENGHUTANG PENGHAKIMAN

AFIDAVIT JAWAPAN BALAS PEMIUTANG PENGHAKIMAN

Kami, Jaidi xxxxxx [No. K/P: xxxxxx] dan Noorlidah
xxxxxx [No. K/P: xxxxxx] adalah warganegara Malaysia yang
cukup umur dan yang beralamat di Affin Bank Berhad, Litigation Unit, CLSAM Shah
Alam, 2nd Floor, Bangunan Afiin Bank, No. P3.4, Persiaran Perbandaran Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dengan ini sesungguhnya berikrar dan
menyatakan seperti berikut:-

1. Kami adalah Pengurus Cawangan di syarikat Plaintif dan kami telah
diberikuasa dengan sepenuhnya untuk membuat afidavit ini bagi dan untuk
pihak Plaintif.

2. Kecuali dan melainkan dimana diakui secara nyata di sini, kesemua faktafakta,
perkara dan maklumat yang dinyatakan di sini adalah benar atas
pengetahuan kami sendiri dan dari dokumen-dokumen dan rekod-rekod yang
mana kami mempunyai akses.

3. Tujuan pemfailan Afidavit ini adalah untuk menjawab Afidavit Bantahan
Penghutang Penghakiman yang diikrarkan oleh Idris bin Ahmad pada
18/6/2015 yang memohon untuk antara lainnya untuk menentang Petisyen
Pemiutang yang bertarikh 26/05/2015.

4. Pemiutang Penghakiman mengakui alamat yang diduduki adalah seperti
alamat penyerahan Petisyen Pemiutang tersebut.

5. Perenggan 3, 4, 5, 6, dan 7 adalah diluar pengetahuan Pemiutang
Penghukan dan Penghutang Penghukuman adalah diletakkan di atas beban
bukti kukuh

6. Bagi menjawab Perenggan 8 dan 9 Afidavit Bantahan tersebut, setelah
dinasihati oleh peguamcara Pemiutang Penghakiman, kami sesungguhnya
percaya dan menyatakan bahawa tindakan kebankrapan dimulakan di atas
kegagalan dan/atau kelalaian Penghutang Penghakiman menjelaskan
tuntutan jumlah tunggakan terhadap Pemiutang penghakiman walaupun
pihak Penghutang Penghakiman telah diberikan notis-notis peringatan
dan/atau pemberitahuan sebelum tindakan dimulakan.
Sesalinan notis-notis peringatan dan/atau pemberitahuan yang masingmasing
bertarikh 04/06/2014 dan 27/08/2014 ditunjukkan dan ditandakan
sebagai Ekshibit "A-1".

7. Seterusnya kami menyatakan bahawa Defendan telah dan masih berhutang
kepada Plaintif sehingga ke hari ini.

8. Oleh yang demikian, kami dengan rendah diri memohon permohonan
Penghutang Penghakiman untuk membatalkan Petisyen Pemiutang melalui
Saman Dalam Kamar bertarikh 23/4/2014 ditolak dengan kos dibayar kepada
Plaintif.

Afidavit Jawapan Balas Pemiutang Penghakiman ini difailkan oleh Tetuan
Tawfeek Badjenid & Partners, Peguamcara bagi pihak Pemiutang Penghakiman yang
dinamakan di atas dan yang mempunyai alamat penyampainnya di Suitr E-09-02,
AMCorp Business Suite, 9th Floor, Menara Melawangi, Jalan Persiaran Barat, 46050
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
[Tel: 03-79600582 Faks:03-19600587]
[Ruj :TBP/PJ/ AFFINCARD/L/143155-14]
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 16, 2015 at 05:06
by   Idries
Sahabat semua. Saya dah upload. Pertama kali upload memang kucar kacir. Kali kedua upload, berjaya cuma dokumen ekshibit sahaja gagal. Dokumen tersebut hanyalah surat surat surat pemberitahuan penghakiman engkar. Harap sahabat semua dapat membantu untuk membalas jawapan twrsebut. Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 20, 2015 at 11:23
by   Idries
Sahabat semua. Jika anda perhatikan kepada kandungan afidavit jawapan balas tersebut, terdapat 3 kesilapan yang telah meteka lakukan.
1. Nombor kad pengenalan yang mereka gunakan adalah 100% tidak tepat bagi setiap kandungan yang meletakkan maklumat tersebut.
2. Tarikh saman dalam kamar juga tidak tepat. Mana mungkin saman dalam kamar pada 2014.
3. Ekshibit yang ditandakan sebenarnya tidak ditandakan.

Selain itu, 2 ekshibit yang diposkan, tidak saya terima dan tandatangan sbg tanda penerimaan. Itu hanyalah bukti pos tetapi saya todak terima..

Mohon bantuan jika ada kelapangan masa.

Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2015 at 00:49
by   jebat
Perkara 1,2 dan 3 yang u sebut adalah isu remeh tidak boleh mematikan Petisyen Pemiutang.
Tak payah bangkitkan isu-isu ini.
Kalau u hujah tentang isu-isu yang remeh, PKP akan berhenti mendengar.

Kenapa u tak guna thread yang baru?
Mana deraf hujahan bertulis u?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2015 at 17:21
by   Idries
Terima kasih dengan nasihat jebat. Untuk thread baru, mohon bantuan kerana saya pernah lakukan kesilapan melakukannya tempoh hari.
Saya tiada idea untuk melakukan hujahan balas....memang berdebar dan blank. Mohon bimbingan.
Seperkara lagi, saya baru terima jawapan balas dari pihak Affin yang menyatakan bahawa tawaran 5k ditolak dan mereka menawarkan 30k untuk penyelesaian kes ini pada atau sebelum 31 Julai ini. Aduhhhh...banyak tu!
Saya memang buntu....tak tahu nak buat apa lagi...
Mohon nasihat dari tuan-tuan semua.
Saya dahului dengan terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2015 at 18:01
by   jebat
Hujahan Bertulis, bukan Hujahan Balas!
Kiki sudah buat thread baru bertajuk "Part 2" untuk kamu.  Gunalah thread itu.
Surat tawaran u ade tulis cc kepada Avengers Malaysia tak?
Adakah kamu mahu menerima tawaran RM 30k itu?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.