Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2032 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Jun 12, 2015 at 14:16
by   notalawyer
Satu lagi dokumen...
4. Saman Dalam Kamar

Jangan lambat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 14:19
by   jeff005
@ Idris

Received.. will study thru..
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 14:52
by   Notalawyer
Saya memang nak lakukan notis bantahan tersebut tetapi tidak tahu format dan apa yang perlu ditulis. Tak pernah tengok contoh. Akhta apa yang nak diguna pakai? Akhta had masa atau akta irregular. Saya dah ke mahkamah untuk buat notis bantahan tetapi diminta saya sediakan surat. Saya sedia lakukan tetapi tak tahunapa yang hendak ditulis. Bantu......dan terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 15:11
by   jeff005
Kepada Idris
atau

@ Idris

Bagi kamu di sini 24 jam.. jangan bimbang.. Tuan notalawyer akan tolong awak dlm segi document. Mungkin bolih file semua docs pada hari Isnin minggu depan. Jangan keluar negeri shj untuk lu.. Baca dari forum sini apakah E-Filing di Mahkamah.

Saya dah ke mahkamah untuk buat notis bantahan tetapi diminta saya sediakan surat
Surat2 di minta dari Mahkamah adalah spt di isikan oleh Tuan notalawyer.

Jeff
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 15:15
by   jeff005
@ notalawyer

4. Saman Dalam Kamar
Boss.. what is this for.. first time i read this.. Thks..
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 15:43
by   notalawyer
Jangan guna nama orang lain bila u buat posting.  Guna nama sendiri.

Saman Dalam Kamar = Summons in Chambers.

Contoh dokumen di sini.
http://www.lawyerment.com.my/boards/article-Malaysia_Business_Consumer_Bankruptcy_Law-1957.htm
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 16:03
by   Idries
Saya mohon maaf di atas kesilapan yang tak disengajakan. Saya baca note notalawyer....set diminda dan tulis nama tersebut. Kelalaian saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 13, 2015 at 02:04
by   Anonymous
@Idris,
Di bawah ini adalah  Deraf untuk NOTIS BERTINDAK SENDIRI kamu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.29NCC-2961-11/2014

ANTARA
IDRIS B. AHMAD (IC NO. XXXX).........PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK (CO.  NO)..............  PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS BERTINDAK SENDIRI

Kepada Pendaftar,

Ambil perhatian bahawa saya IDRIS BIN AHMAD defendan yang dinamakan di atas berniat hendak bertindak secara sendiri dalam tindakan ini dan bahawa alamat saya untuk penyampaian ialah:

{home address}.

Bertarikh pada 15/06/2015

--------------------
{Idris b. Ahmad}
i/c No. xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 13, 2015 at 02:15
by   Anonymous
@Idris,
Di bawah ini adalah Deraf untuk NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG kamu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS B. AHMAD (IC NO. XXXX).........PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK (CO. NO).............. PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG.

Saya, IDRIS B. AHMAD, Penghutang Penghakiman di atas, adalah dengan ini memberi notis kepada kamu bahawa saya bercadang hendak membangkang terhadap petisyen pemiutang dan saya mempertikaikan perbuatan kebankrapan telah berlaku.

Bertarikh pada 15 jUNE, 2015.

..................................
IDRIS B. AHMAD
Penghutang Penghakiman

Kepada :
1. Pendaftar, Mahkamah Tinggi Ipoh
2. Tetuan, XXX (Law firm)

Notis ini di failkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di

Alamat: xxxxxxx

Tel:
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 13, 2015 at 02:23
by   notalawyer
Lagi,

1. Cari Syarikat Penilaian Hartanah dan dapatkan repot bertulis penilaian nilai rumah u. ( kena cepat )
2. Dapatkan statement bank yang paling latest yang menunjukkan baki hutang pinjaman rumah.
Gunakan kedua-dua dokumen ini sebagai eksibit dalam Afidavit Bantahan u.

Gunakan alasan ini :-
Penghutang Penghakiman masih boleh menjelaskan semua hutang dengan penuh,
cuma perlukan sedikit masa untuk jualkan rumah.

untuk menentang Petisyen Pemiutang ini.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.