Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2684 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
« Previous   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   Next »  Last »

answered on Jun 19, 2015 at 00:35
by   notalawyer
Di tempat mana mereka chop dan tandatangan?
Mereka ada cakap apa-apa tak?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2015 at 01:36
by   Idries
Pada mulanya mereka tak terima kerana itu hak pj tp,sy desak untuk terima. Mereka hanya cop bhgn depan copy dokumen saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2015 at 03:20
by   Idries
Lawyer terkedu juga dengan dokumen tersebut. Kebetulan mereka sedang meeting. Terima kasih kerana membantu sehingga ke tahap ini. CO dan kaunter pertanyaan hairan bagaimana saya boleh siapkan dokumen dokumen tersebut. Sya ada byk idea nak menjawab di kamar tetapi saya harap dapat bantuan dari forumer semua. Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2015 at 03:43
by   Anonymous
Idries,

Sya ada byk idea nak menjawab di kamar

Kamu poskan idea kamu itu di sini biar forumer komen.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 20, 2015 at 21:16
by   Idries
Saya harap ada yng sudi berkongsi idea untuk membela diri di dlm kamar. Adakah sya patut berkta mengaku berslah atau mengaku tidak bersalah jika ditanya. Jika ditanya,mengapakh saya tidak membuat sebarang bayran, bgimana pula?...harap bantuan
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 20, 2015 at 23:47
by   Anonymous
Idries,

Pada 23 june ini nanti. Dalam kamar.

1. Lawyer Bank akan sedaya upaya cuba untuk membankrapkan kamu pada hari itu juga.

2. Kamu akan bertenang , kawal emosi dan bercakap dengan konfiden dan lancar.

3. Kamu pastikan Penolong Kanan Pendaftar tahu diberitahu  bahawa kamu telah filekan dokumen i) Notis Betindak sendiri ii)saman dalam kamar
iii) afidavit untuk membatalkan petisyen pemiutang.

4. Lawyer Bank mungkin memberi hujahan bahawa mereka tidak menerima notis dokumen dokumen yang kamu filekan.

5. Jangan cakap berlebih lebih. Kamu hanya tunjuk resit dan dokumen yang di tanda tangani lawyer cawangan Ipoh itu pada Penolong Kanan Pendaftar.

6. Kemungkinan lawyer Bank akan memohon masa pada mahkamah untuk meneliti dan membalas afidavit kamu.

7. Akhir Penolong Kanan Pendaftar sudah tiada pilihan lagi lalu menetapkan satu tarikh baru pendengaran.

8. Kamu pastikan tarikh baru itu dan pastikan segala arahan PKP itu di catat untuk persedian kamu seterus nya.

9. Kemungkinan tiada banyak percakapan balas pada 23 jun ini. So kamu jangan mengarut ngarut cakap pasal riba dan sebagai nya.

10. Kamu telah berjaya untuk TIDAK menjadi bankrap pada 23hb June 2015.

11. Selepas itu ada banyak carian/pembacaan yang perlu kamu lakukan untuk kamu berlatih secepat mungkin menjadi lawyer mewakili diri kamu sendiri.
Prosedur makhamah

Hoping notalawyer will be kind to provide the likely or more accurate senario than my prediction above.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 21, 2015 at 05:06
by   Idries
Jutaan terima kasih kpd ol'man dengan panduan yang diberikan. Saya akan patuhi. Sementara menunggu maklumat dari notalawyer,saya akan praktikkan apa yang diperkatakan. Terima kasih sekali lagi
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2015 at 13:56
by   notalawyer
Hi Idries,

Ikut nasihat ol'man.
Jangan argue tentang had masa sebab Mahkamah sudah tiada kuasa untuk merujuk kembali betul atau salahnya penghakiman yang masih berdiri dan tidak digantung atau dirayu.
Tapi u mesti beritahu Penolong Kanan Pendaftar (PKP) ( atau Timbalan Pendaftar ) bahawa u sudah failkan 4 dokumen tersebut.

Datang awal dan pastikan u berada di luar kamar PKP yang betul.
( cari nombor kes u kat Notis Board dan tanya orang )

Skrip besok.
You: Tuan, pihak Penghutang Penghakiman (JD) telah memfailkan 4 dokumen untuk menentang petisyen ini, iatu
Notis Bertindak Sendiri
Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
Saman Dalam Kamar dan
Afidavit Bantahan
Bank Lawyer: Tuan, kami tidak menerima apa-apa dokumen yang disebut.
You: Tuan, ini adalah akuan penerimaan dokumen-dokumen yang sudah ditandatangan.(tunjuk copy u)
Bank Lawyer:Tuan, dokumen-dokumen ini tidak boleh diterima sebab ia lambat difailkan.
You: Tuan, dokumen-dokumen telah difailkan sebelum 4 hari dari tarikh pendengaran.(tunjuk resit)
Sekarang Petisyen ini adalah petisyen yang berkontes, Mahkamah mesti tetapkan tarikh untuk Saman Dalam Kamar.
Bank LawyerTuan, pihak pemiutang penghakiman (JC) meminta tarikh baru untuk menjawab afidavit JD.
PKP: Ok, datang balik pada DD/MM/2015.  ( salinkan tarikh baru dalam buku nota )

Good Luck.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2015 at 22:49
by   Idries
Terima kasih dengan cadangan yang diberikan. Dari soal jawab yang berlaku di atas, tuan hakim memang tidak terlibatkah? Yang terlibat cuma jd,jc dan pkp.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 23, 2015 at 00:50
by   notalawyer
Bagi kes jenis u, Hakim tidak terlibat.
PKP atau TP akan mendengar dan membuat keputusan.

Selepas keputusan dibuat, jika ada pihak yang tidak puas hati, boleh merayu kepada Hakim.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.