Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2911 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
« Previous   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   Next »  Last »

answered on Jun 16, 2015 at 21:43
by   notalawyer
Since you are running out of time, try search mudah.my or iproperty.com to find a similar house in your area and use it as an exhibit.

Photostat 3 copies of each exhibit docment and attach them to 3 copies of your affidavit.
When you sign your affidavit in front of a Commisioner of Oath, show him the original exhibit documents so he can sign on the exhibit cover pages.

Do you understand what I am saying?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 21:45
by   jebat
Tajuk afidavit mestilah macam dibawah

AFIDAVIT BANTAHAN
(menentang Petisyen Pemiutang)
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 17, 2015 at 01:48
by   notalawyer
Berape mukasurat 1 set afidavit u sekarang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 17, 2015 at 03:23
by   Anonymous
Idris,

Masa emakin singkat tolong lah bagi response apabila di minta.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 17, 2015 at 04:59
by   Idries
Maaf lewat reply. Saya terpaksa beri komitment pada kelas tuition. Cari rezeki. Saya ada search si mudah.com namun tiada pula rumah yang sejenis saya untuk dijual. Berkenaan avidavit,terdapat 2 mukasurat. Saya akan paste lagi untuk semakan. Saya tertekan disebabkan maklumat untuk eksibit rumah nasih dalam pencarian.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 17, 2015 at 11:39
by   notalawyer
Berkenaan avidavit,terdapat 2 mukasurat.

1 set afidavit sepatutnya ada 4 mukasurat.

2 mukasurat - ikar u.
1 mukasurat - perakuan mengenalpasti eksibit
1 mukasurat - photostat eksibit
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 17, 2015 at 13:48
by   Idries
baik dan saya akan sediakan. terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 17, 2015 at 14:20
by   notalawyer
U sudah tak ada masa lagi.

Cari Pesuruhjaya Sumpah dekat tempat u dan tandatangan 3 set afidavit di hadapan dia.
Beritahu dia ada eksibit untuk tandatangan dan tunjukkan eksibit original bila di-minta.

Lepas tu, terus ke Mahkamah Tinggi dan failkan kempat-empat dokumen

1. Notis Bertindak Sendiri
2. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
3. Saman Dalam Kamar
4. Afidavit Bantahan

Dapatkan resit bagi setiap dokumen yang difailkan dan staplerkan pada copy u.
Lepas tu, terus ke pejabat peguam bank dan hantarkan kempat-empat dokumen kepada mereka.
Suruh mereka sign copy u dan chop tarikh penerimaan.  Tak payah cakap banyak dengan mereka.

Buat semua ini hari ini.
Kalau u lambat buat semua ini, u boleh dibangkrapkan pada 23hb Jun.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 17, 2015 at 15:35
by   Idries
berbanyak terimakasih dengan panduan yang sangat berguna. saya ada jumpa harga rumah yang berdekatan dalam 3 km dari rumah saya. harga pasaran dalam rm170k. boleh tak saya gunakan info tersebut (print gambar dan info).
seperkara lagi, lawyer incharge di kl tetapi memang ada cawangan di ipoh. boleh ya, hntr pda mereka.
terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 17, 2015 at 15:45
by   notalawyer
saya ada jumpa harga rumah yang berdekatan dalam 3 km dari rumah saya. harga pasaran dalam rm170k. boleh tak saya gunakan info tersebut (print gambar dan info).

Agak boleh lah.  Lebih baik dari tak ada dokumen langsung kan?
Gunakan info ini sebagai eksibit EJD2 dan buat pindaan dalam afidavit.  Poskan afidavit yang final disini.  Sekarang 1 set afidavit mesti ada 2 Perakuan Mengenalpasti Eksibit.

lawyer incharge di kl tetapi memang ada cawangan di ipoh. boleh ya, hantar pda mereka.
Boleh, tapi mungkin mereka tapi mahu menerima.  U kena berkeras mahu sampaikan kepada mereka.
Duduk office mereka dan jangan balik sehingga mereka menerima.
Jangan beri resit Mahkamah u kepada mereka!
0 found this helpful
Helpful


« Previous   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.