Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2688 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
« Previous   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   Next »  Last »

answered on Jun 16, 2015 at 20:12
by   Idries
Terima kasih dengan kemaskini. Saya sudah perbetulkan. Seperkara lagi, dalam dokumen saman dalam kamar,dibahagian akhir ada ditulis salinan kepada penghutang penghakiman......tetuan.....
Adakah perlu ditukar kepada.....salinan kepada pemiutang penghakiman....tetuan...
terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:12
by   jebat
Boleh juga saya terangkan kpd hakim bahawa penilaian hartanah memang semakin meningkat. Contohnya, sy beli rumah 2002 dgn 72k. Sy ada buat penilaian pd 2004 dan nilai meningkat kpd 85k. Dgn anggapan 12k untuk 2 tahun,maka secara kasar ada kenaikan sebanyak 72k. Harga boleh diletakkan pada kadar 170k minimum.

Cakap sahaja sesiapa pun boleh.
Mahkamah biasanya mahu bukti kukuh.
Minggu lalu pun sudah beritahu u pergi buat report penilaian kan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:14
by   jebat
Adakah perlu ditukar kepada.....salinan kepada pemiutang penghakiman....tetuan...
Betul.  Mesti ditukar.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:45
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA
IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG

Saya,  IDRIS BIN AHMAD, Penghutang  Penghakiman di atas,  adalah dengan ini memberi notis kepada kamu bahawa saya bercadang hendak membangkang terhadap Petisyen Pemiutang  kerana saya masih solven dan boleh membayar kesemua hutang saya dengan sepenuhnya.

Bertarikh pada  ………………………………………

-----------------------------------------------------------
( Idris Bin Ahmad )
Penghutang Penghakiman
No. Kad Pengenalan : xxxxx)

Kepada :-
1.  Pendaftar , Mahkamah Tinggi Ipoh
2.  Tetuan Txxxxxx Bxxxxxxx & Partners

Notis ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-

No. xxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon -  01x xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:49
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS  BERTINDAK SENDIRI

Kepada Pendaftar,

Saya,  IDRIS BIN AHMAD, Penghutang Penghakiman di atas adalah dengan ini berniat hendak bertindak sendiri dalam tindakan ini dan bahawa alamat saya untuk penyampaian adalah seperti berikut :-

No. xxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon -  01x xxxxxxx

Bertarikh pada  ………………………………………..

Notis ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman yang berlamat di :-

Idris  Bin  Ahmad,
No. xxxxxxx,
31350  Ipoh,
Perak  Darul  Ridzuan

Telefon -  01x  xxxxxxxx

-----------------------------------------------------------
( Idris Bin Ahmad – Penghutang Penghakiman)
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:53
by   jebat
Tempat tandantangan

-----------------------------------------------------------
( Idris Bin Ahmad – Penghutang Penghakiman)

mestilah berada di-atas pengindorsan.

Notis ini difailkan oleh
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:54
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA
IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

PERAKUAN MENGENAL PASTI EKSIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut ini adalah eksibit yang ditandakan sebagai  EJD1  yang dirujukan  dalam Afidavit  Sokongan  oleh

IDRIS BIN AHMAD  ( NO. KAD PENGENALAN :  xxxxxxx )

Pada  15/06/2015

Di hadapan saya,

-----------------------------------------------------------
PESURUHJAYA SUMPAH
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 20:59
by   jebat
Tarikh mesti dikosongkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 21:16
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

SAMAN DALAM KAMAR
(Permohonan Penghutang Penghakiman Untuk Membatalkan Petisyen Pemiutang)

Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim dalam kamar pada hari  23 Jun 2015, pukul  9.00 pagi , mendengarkan permohonan di pihak  Penghutang Penghakiman untuk perintah membatalkan  Petisyen Pemiutang. Alasan-alasan membuat permohonan adalah seperti berikut :-

Penghutang Penghakiman masih mampu menjelaskan semua hutang dengan penuh.

Penghutang Penghakiman sekadar memerlukan tempoh yang munasabah bagi menjelaskan hutang.

Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam  Afidavit  Bantahan ( menentang  Petisyen Pemiutang ).

-----------------------------------------------------------
Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Ipoh

Saman ini diambil oleh  Penghutang Penghakiman  yang beralamat  di :-

Idris  Bin Ahmad,
No. xxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

No. Telefon :  01x xxxxxxx

Salinan kepada  Pemiutang  Penghakiman,

Tetuan  Txxxxxx  Bxxxxxxx & Partners,
Peguamcara & Peguambela,
Suite x-xx-xx, AMCorp Business Suite,
xth Floor, Menara Melawangi,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

[RUJ : TBP / PJ / AFFINCARD / L / 143155-14 / 191 / JIHA]
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 16, 2015 at 21:22
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-2961-11/2014

ANTARA

IDRIS BIN AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

AFFIN BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

AFIDAVIT BANTAHAN

Saya  IDRIS BIN AHMAD (No. Kad Pengenalan – xxxxxxx ) adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. xxxxxxx, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan  dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengetahuan peribadi saya.

Saya mengikrarkan affidavit ini untuk menentang  Petisyen Pemiutang yang difailkan oleh Pemiutang Penghakiman pada  26/05/2015.

Saya memiliki sebuah rumah kediaman beralamat  NO. 139, JALAN RAPAT BARU, MEDAN LAPANGAN SENTOSA, 31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN  yang bernilai RM 180 000.00.

Baki pinjaman rumah tersebut di atas setakat  15/09/2015 adalah RM 85 914.17. Sila rujuk eksibit  EJD1.

Oleh itu, jumlah bersih aset rumah  jika dijual adalah  RM 180 000.00  -  RM 85 914.17  =  RM 94 085.83 .

Pengiraan di atas menunjukkan bahawa saya masih solven dan boleh membayar tuntutan  RM 56 000.00  ++ dengan penuh.

Saya cuma memerlukan masa untuk menjual rumah tersebut.

Pemiutang Penghakiman sepatutnya berpengetahuan tentang harta rumah saya , atau pun membuat carian harta sebelum memulakan prosiding kebankrapan ke atas saya.

Penghutang Penghakiman yang masih mampu membayar hutangnya  (still solven ) tidak patut dihukum bankrap kerana  Pemiutang Penghakiman masih boleh menggunakan perlaksanaan lain yang diperuntukkan di dalam  Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Prosiding Kebankrapan sepatutnya hanya difailkan sebagai cara perlaksanaan yang terakhir  ( last resort ), kerana impaknya yang dasyat  ( draconian ) terhadap  Penghutang Penghakiman  dan keluarganya.

Maka, Penghutang Penghakiman memohon supaya  Petisyen Pemiutang ini dibatalkan  tanpa kos.

Berkenaan dengan Afidavit oleh  Deponen  )

Yang bernama    ) IDRIS  BIN  AHMAD

Yang diikrarkan di Ipoh   )

Pada ……………………2015   )

Di hadapan saya,

-----------------------------------------------------------
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman  yang beralamat di :-

No. xxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon -  013 xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful


« Previous   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.