Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank

2912 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Jun 11, 2015 at 19:37
by   Idries
Nama saya Idris Ahmad, umur 49
Case saya 29NCC-2961-11/201X

Saya bakal hadir pada 23 Jun ini di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk penerimaan penghakiman bagi kes kredit kad Affin bank berjumlah RM56k. Hutang asal adalah RM3k iaitu prinsipal. Kad mula digunakan pada tahun 2004.

Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.
Tiada kerja sejak 5 tahun. Hanya bagi tuition untuk kanak-kanak sekililing kawasan rumah.

Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005 tetapi telah mendapat Notis Kebankrapan pada 3 Mar 2015 dan seterusnya Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015. Tindakan ini berdasarkan kepada Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014. Saya bimbang kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya dan sya tiada lagi tempat tinggal. Melalui forum ini saya dapat tahu bahawa untuk menentang Petisyen ini saya perlu memfailkan Notis Bantahan. Saya tahu masa adalah suntuk tetapi saya minta jasa baik Tuan Puan supaya sekurang kurangnya dapat melengahkan tindakan ini sementara saya mencari alternatif lain dan tidak mahu dibankrapkan pada 23hb Jun ini.

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya? Saya harap Tuan Puan sudi membantu saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
198 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Jun 11, 2015 at 23:08
by   jeff005
Salam Idris

Awak ada hubongi dgn bank tak?
Bagaimana awak dapat Perkhakiman Ingkar? Tak pergi Mahkamah dulu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 11, 2015 at 23:21
by   jeff005
Bolih PDF atau Jpeg satu keping
1/ Perhakiman Ingkar
2/ Notis Bankrapsi

kepada saya di  "bladirunner@gmail.com"

Very short time for your case.

Nama sy
Jeff
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 11, 2015 at 23:57
by   Anonymous
Analisa:


KENYATAAN:

1.Saya bakal hadir pada 23 jun

2. kes kredit kad affin bank berjumlah 56k

3. Saya tidak membayar kad kredit tersebut sejak tahun 2005

Fakta:

1. Penghakiman Ingkar yang didapati pada 5hb Ogos 2014

2. Saya pun ada tandakan satu service secara "hand service" pada 20/12/2014.

3. telah mendapat Notis KeBankrapan pada 3 Mar 2015

Petisyen Pemiutang untuk hadir pada 23hb Jun 2015.

Akibat

kalau saya Bankrap Bank Rakyat akan melelong rumah saya

Objektif:

tidak mahu diBankrapkan pada 23hb Jun ini

Soalan:

Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya?

Rayuan:

harap Tuan Puan sudi membantu saya

Idries, kamu poskan butir tuntutan di sini. Kamu sudah dapat JID 2014.
Bagaimana harus lawan pada tahap sudah dapat notis kebangkrapan.?
Adakah rumah masih berhutang atau tidak?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 02:27
by   jebat
Adakah boleh saya memberikan bantahan atas sebab Penghakiman yang “salah” kerana telah melebihi had masa walaupun saya tidak mempertikaikannya dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya tidak tahu mengenainya?

Mahkamah Tinggi sekarang tidak mempunyai kuasa untuk meneliti kembali "salah" atau "betul" Penghakiman yang diperolehi Affin Bank.  Ini adalah kerana Penghakiman Ingkar tersebut masih berdiri dan tidak diketepikan.  Jika u cuba membantah Petisyen Pemiutang dengan alasan ini, u akan kalah dan dibangkrapkan.

Soalannya, kenape u tak pedulikan saman pada tahun 2014?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 04:40
by   Idries
Saya tidak tahu menahu tentang kes yang diadakan pada august tersebut. Semasa menerima dokumen pd 24 december tahun lalu,dicatitkan bahawa ada notis kebankrapan.saya sebenarnya tidak faham sangat apa yang dimaksudkan dengan notis tersebut. Setelah berbincang dgn ramai orang, memang salah saya melakukan kesilapan ya besar. Untuk yang memohon dokumen, akan saya salurkan. Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 04:48
by   Idries
Runner....
sejak 2005 saya tak pernah hubungi bank dan ada berurusan dgn bank agen terapi tiada sebarang bayaran tang saya lakukan. Saya tidak hadir pd august 2014 kerana tidak terina sebarang dokumen dari lawyer.
saya akan pdf dokumen pada runner.
thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 04:51
by   Idries
Ol'man...
Saya akan emailkan pada tuan.
similar to you sir jeff
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 04:56
by   jebat
Bagaimanakah u mendapat dokumen Notis Kebangkrapan.
Adakah dokumen ini diberi kepada diri u ataupun diposkan kepada u?

Adakah u tandatangan akuan menerima Notis Kebangkrapan?

Berapakah nilai rumah u sekarang, dan berapekah masih hutang kepada Bank Rakyat?
Adakah u mempunyai harta lain?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 13:34
by   Jebat
Saya menerima notis kebankrapan secara kediri dan saya menandatanganinya.Baki pinjaman adalah 95k dan tiada tunggakan. Nilai pasaran adalahb180k. Saya tiada mempunya harta yang bernilai selain rumah tersebut.
terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 12, 2015 at 14:10
by   notalawyer
Sediakan dokumen-dokumen berikut

1. Notis Bertindak Sendiri
2. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
2. Afidavit Membangkang Petisyen Pemiutang

dan salinkan di sini untuk disemak. 
Jangan lambat, kamu hanya 10 hari sahaja dari jurang kebankrapan.
Kamu sekarang ada kurang dari 5 hari untuk siap-kan dokumen-dokumen tersebut.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.