Advertisement

Hutang kad kredit dan panggilan untuk sita dan lelong

3120 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on May 23, 2015 at 06:57
by   myname
edited on Oct 24, 2016 at 04:09
 
Adik saya ada guna kad kredit dan sudah 5 tahun tak bayar hutang kad kredit.

Semua surat-surat, SMS atau panggilan dari bank dia ignore sebab dia memang ada masalah kewangan sejak berhenti kerja sejak 2010. Lepas beberapa tahun baru dapat kerja dan cuba untuk bina semula kehidupan dia. Dia buntu tak tahu macam mana nak selesai semua hutang-hutang yang ada, jadi dia ignore semua panggilan, surat-surat dari bank atau lawyer firm.

Dengan kedudukan kewangan yang tak mengizinkan dia tak mampu nak bayar hutang-hutang itu. Yang dia mampu bayar monthly payment untuk kereta. Itu pun sebab sangat-sangat perlukan kenderaan untuk bekerja.

Sehinggalah minggu lepas, ada orang panggil parents dan bagi tahu dari mahkamah ada waran tangkap untuk dia dan barang-barang dalam rumah akan disita dan akan datang trak bawa barang dia. Parents tak pasti sama ada betul atau tak yang call itu dari mahkamah atau dari mana-mana tapi dia ada bagi tahu untuk adik saya to call Mr. Y (peguam). Mungkin yang panggil itu debt collector, bank, firma peguam atau mahkamah sendiri.

Pasal kad kredit dari Bank A, 5 tahun tak bayar, kad kredit RM5,000 dah jadi RM11,000 sekarang ini.

Adik saya ignore juga tapi entah macam mana Isnin lalu, dia tergerak panggil MR.Y (peguam). Peguam pun bagi tahu atau advise untuk buat full settlement (RM11,000) atau pun bayar initial deposit at least (RM5,000), lepas itu bayar bulan-bulan mengikut kehendak bank. Adik saya bagi tahu tak mampu untuk options itu. Adik bagi tahu kalau dia boleh bayar pun RM300 initial payment dan monthly RM50 tapi bukan selama-lama RM50 sebulan. Dia akan bayar lebih dari RM50 sebulan kalau income dah stabil. Peguam bagi tahu dia cuba propose kan dekat bank apa yang adik bagi tahu. Then bila adik tanya apa akan jadi kalau memang langsung tak boleh bayar dua option tu. Kemudian lawyer bagi tahu bank akan suruh mahkamah sita barang-barang dalam rumah dan pihak yang dilantik bailif akan menilai barang-barang yang ada dalam rumah itu untuk di lelong. Dalam proses menyita akan ada guard jaga rumah supaya barang-barang tak di larikan.

Adik risau sekarang ini sebab alamat yang dia register untuk kad kredit adalah rumah parents dan rumah itu adalah rumah sewa. Barang-barang dalam rumah bukan adik yang punya, dia tak ada ownership pun keatas barang-barang dalam rumah tu. Jadi memang dia risau sekarang.

Persoalan nya:

1. Adakah pihak mahkamah akan proceed untuk menyita barang-barang dalam rumah parents saya?

2. Adik tak ada apa-apa hak atau ownership pun keatas harta-harta ada dalam rumah itu, jadi adakah mahkamah masih boleh proceed untuk menyita?

3. Adakah polis akan datang bawak waran untuk menangkap adik saya atas kesalahan ingkar perintah hadir ke mahkamah atau tak menjelaskan hutang?

4. Adakah adik boleh di penjarakan atas sebab tak bayar hutang bank?

5. Adakah bank akaun dia akan di bekukan atau 'frozen'?

6. Adakah pihak mahkamah akan mengambil aset adik saya yang lain contoh kereta sebagai membayar kepada hutang Bank A?

Ada siapa-siapa yang boleh membantu?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on May 23, 2015 at 07:43
by   jeff005
edited Oct 24, 2016 at 04:20
 
@ myname/yourname

1. Do not pay even RM10 to anybody.
2. The current calls from bill collectors for banks.
3. Mahkamah do not call
4. Lawyer firm from banks will only call you to advise you to attend court but do not threaten or ask for split payments.
5. No writ of seizure and sales (WSS) or affect other people. Just empty threats from the collectors.

1. Adakah pihak mahkamah akan proceed untuk menyita barang-barang dalam rumah parents saya?
Tak Boleh

2. Adik tak ada apa-apa hak atau ownership pun keatas harta-harta ada dalam rumah itu, jadi adakah mahkamah masih boleh proceed untuk menyita?
Tak boleh

3. Adakah polis akan datang bawak waran untuk menangkap adik saya atas kesalahan ingkar perintah hadir ke mahkamah atau tak menjelaskan hutang?
Tak Boleh

4. Adakah adik boleh di penjarakan atas sebab tak bayar hutang bank?
Tak boleh

5. Adakah bank akaun dia akan di bekukan atau 'frozen'?
Employment salary account cannot. Must be haul to court first to be made a Judgement Debtor First.

6. Adakah pihak mahkamah akan mengambil aset adik saya yang lain contoh kereta sebagai membayar kepada hutang Bank A?
Bank A must file lawsuit first. If car still under Hire Purchase (HP) memang sangat susah nak WSS. Jangan bimbang.

Solutions
1. Go Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) to seek help!
2. Check with CTOS if there have been any cases filed by any creditors banks
3. Your brother must tell and list down all his debts so that people in this forum can help advise properly.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 23, 2015 at 09:31
by   ikhtiar
Nasihat:
Langkah 1
Baca posting di forum ini, cuba cari topik topik berkaitan isu anda. Kebanyakan soalan anda sudah terjawab sekiranya anda berbuat demikian.

Langkah 2
Selepas kemaskini maklumat maklumat yang anda fahami, senarai semula kemusykilan anda berserta dengan fakta fakta terperinci supaya pihak pihak yang ingin membantu dalam forum ini dapat membantu anda dengan lebih BERKESAN. Maklumat anda sekiranya tepat akan menjimatkan masa ANDA serta pihak pihak yang ingin membantu anda.

Langkah 3
Bersedia mengikuti nasihat forumer yang menawarkan idea kepada anda. Proses menangani masalah perundangan sedemikian akan mengambil masa dan tenaga, dan kesemuannya adalah DIY (do it yourself). Kewujudan anda di forum ini menandakan anda tidak ingin/mampu mengupah peguam. DIY satu satunya jalan penyelesaian anda. Kualiti nasihat di forum ini malah berpotensi menjangkaui harapan anda. Hakikatnya, banyak kes mahkamah atas nasihat forumer di sini telah dimenangi oleh individu individu yang kuat azamnya, dan DIY mengalahkan lowyer buruk yang bertopengkan WAJAH PROFESIONAL.

Langkah 4
Bergantung kepada sejauh mana anda berikhtiar pada peringkat langkah 1, 2 dan3.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 24, 2015 at 22:19
by   myname
edited Oct 24, 2016 at 04:15
 
@Jeff05 & Ikhtiar,

Terima kasih banyak reply my query. Saya akan bincang nanti dengan kakak.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.