Advertisement

Bolehkah bank sita rumah bukan milik peminjam?

18197 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on May 15, 2015 at 01:26
by   kawan
edited on Apr 25, 2016 at 20:19
 
Bolehkah bank sita atau lelong rumah bukan atas nama peminjam? Katakan peminjam menumpang rumah mak sendiri dan bank nak sita rumah mak peminjam.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
40 Answers
« Previous   1   2   3   4   Next »  Last »

answered on Jan 24, 2017 at 17:24
by   Ijam
edited Feb 2, 2017 at 06:48
 
Saya baru dapat mesej dari wakil RHB, kononnya saya tak bekerjasama dan mereka nak datang sita barang-barang rumah saya. Tapi saya tak faham, setiap bulan saya bayar saja seperti yang disuruh, walaupun akaun saya ini telah dijadualkn semula, saya tetap bayar bulan-bulan seperti dalam  perbincangan. Benarkah mereka akan bertindak begini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 26, 2017 at 10:03
by   amyly
edited Feb 2, 2017 at 06:52
 
Saya pun asyik dapat SMS dari RHB Easy yang mereka nak sita barang dalam rumah. Saya buat loan peribadi RM3,000 dan tunggakan sekarang RM2,000 lebih kurang. Atas sebab-sebab kewangan, saya tak dapat nak bayar ansuran bulanan seperti biasa. Jadi mereka selalu hantar SMS.. risau juga sebab parents yang duduk di rumah beralamat tersebut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 7, 2017 at 20:01
by   Shasha
edited Apr 16, 2017 at 03:27
 
Bolehkah bank nak sita rumah yang telah ditukar hak milik orang lain?

Si peminjam telah meninggal dunia dan sebelum meninggal ada buat personal loan.. tetapi setelah meninggal sepatutnya insurans dah cover sepenuhnya tetapi sebaliknya peminjam telah terhutang dengan bank kerana insurans tidak cover sepenuhnya...baru ini dapat surat dari agent yang telah berrdaftar dengan bank beri tempoh seminggu untuk langsaikan hutang peminjam atau mereka akan buat sitaan...
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 7, 2017 at 21:00
by   mike
edited Apr 16, 2017 at 03:27
 
Bolehkah bank nak sita rumah yang telah ditukar hak milik orang lain? 
Tidak boleh.

Si peminjam telah mnggal dunia dan sebelum meninggal ada buat personal loan ..
Sampaikan kepada pengetahuan bank bahawa si peminjam telah meninggal dunia.
Lampirkan sekali Salinan sijil mati.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 31, 2017 at 10:53
by   Shie
edited Jul 18, 2017 at 06:46
 
Saya mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM52,000. Itu yang dikatakan oleh agen kutip hutang dan saya hanya pinjam RM20,000. Jika dia ingin keluarkan writ penyitaan, adakah saya masih boleh berunding dengan bank untuk struktur semula bayaran sebab tak pernah dapat surat mahkamah atas dasar berpindah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 1, 2017 at 00:16
by   mike
Jika dia ingin keluarkan writ penyitaan,
Bank tidak berapa minat pada penyitaan sebenarnya.
Mereka lebih suka kepada memohon kepada kebankrapan.

adakah saya masih boleh berunding dengan bank untuk struktur semula bayaran 
Asas berunding dengan bank ni satu saja...buat bayaran dengan jumlah besar. Setuju lah dia..

sebab tak pernah dapat surat mahkamah atas dasar berpindah.
Apabila berpindah adalah menjadi tanggung jawab kita mengemas kini status alamat kita dan sebagai nya kepada bank.

Kerana ramai yang bankrap pasal ..dasar tak dapat surat lah,.. 
So.. jaga jaga. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2017 at 21:48
by   farhan
edited Aug 1, 2017 at 06:33
 
Saya berhutang dengan Courts dan seorang lawyer call kata perlu jelaskan tunggakan RM3,000 har ini. Saya minta tempoh selama 3 hari untuk jelaskan dan dia bertegas untuk menyita barang-barang rumah keluarga. Apa yang saya perlu buat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2017 at 05:30
by   shaza
edited Oct 17, 2017 at 10:09
 
Saya ada buat personal loan RM100,000 8 tahun lepas. Masa itu saya bekerja dengan kerajaan. Tahun 2015, saya berhenti kerana tekanan di tempat kerja dan sekarang surirumah.

Sebelum ini saya bayar okay sehingga suami ada masalah kewangan dan tak mampu lagi nak bayar personal loan saya. Sekarang 7 bulan tertunggak. 2 hari lepas saya dapat surat mahkamah.

Pihak bank minta saya selesaikan semua pinjaman RM190,000. Saya mana ada duit sebanyak itu. Stress betul.

Cuma, sekarang ini atas nama saya ada sebuah rumah mak yang telah dipindah milik kepada nama saya tapi mak yang stay kat situ. Kalau saya tak dapat bayar pinjaman adakah rumah tu akan disita atau saya akan terus diishtihar bankrap?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2017 at 13:41
by   mike
edited Oct 17, 2017 at 10:13
 
saya ada sebuah rumah mak yang telah dipindah milik kepada nama saya tapi mak yang stay kat situ. Kalau saya tak dapat bayar pinjaman adakah rumah tu akan disita

Kamu boleh mempertahankan rumah itu atas dasar rumah itu adalah hadiah dari mak kamu. Hadiah tidak akan di rampas.

atau saya akan terus diishtihar bankrap?
Kalau tidak membuat penyelesaian, ya, akan bankrap.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 30, 2017 at 17:22
by   Nida
edited Oct 17, 2017 at 10:13
 
Bagaimana pula jika rumah milik si peminjam. Tapi disewakan dan barang-barang milik penyewa?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.