Advertisement

Bolehkah bank sita rumah bukan milik peminjam?

15678 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on May 15, 2015 at 01:26
by   kawan
edited on Apr 25, 2016 at 20:19
 
Bolehkah bank sita atau lelong rumah bukan atas nama peminjam? Katakan peminjam menumpang rumah mak sendiri dan bank nak sita rumah mak peminjam.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
40 Answers
« Previous   1   2   3   4   Next »  Last »

answered on May 15, 2015 at 03:51
by   jebat
edited Apr 25, 2016 at 20:37
 
@Jebat
Hutang boleh lupus itu macam mana?


Bacalah thread ayzek, jangan macam katak di bawah tempurung.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 15, 2015 at 04:11
by   Abu Ammar
Halo kawan

Sita lain, lelong rumah lain. Sita barang melalui Writ of Seizure and Sale. Bailiff datang ambik senarai barang dalam rumah. Rumah dia tak ada hak nak jual. Anak bini tak boleh buat tebusan. Itu pun kalau dia dah pastikan barangan rumah siPeminjam yang punya. Bank tak akan buat kerja bodoh ni kalau dia tak buat semakan pemilikan rumah dahulu. Kalau betul pun rumah peminjam, belum tentu barang tu dia punya melainkan dia beli dengan Mahkamah si Mamot, ada resit dan agreement. Diaorang akan bagi EMPATBELAS (14) hari bukan TIGA hari untuk jelaskan hutang. Sebenarnya tindakan ini lebih kepada "emotional pressure" sebab dioarang pun tahu kalau nak lelong pun berapa sen sangat yang dapat dan lepas ni tak boleh nak gempaq nak sita rumah lagi. Mungkin tarik kereta kut yang mungkin tak akan dibuat melainkan yang bangang sahaja. Nampak benar menipunya.

Rumah kalau nak lelong (pinjaman Bank, bukan Majlis Bandaran tak bayar cukai pintu) perlu kepada tindakan Foreclosure Proceeding yang memakan masa. Bukan 3 hari. Untuk kepastian pemilik berdaftar rumah bukan ambik gambar, tapi buat carian rasmi. Ambik gambar ni biasanya penyamun atau pencuri seluar dalam atau kaki skodeng atau pengendap professional untuk masuk Whatsapp atau Youtube. Ini sudah boleh menjadi kes "harrassment" dan  boleh buat lapuran polis.

Kalau nak buat tindakan keBankrapan atau yang lainnya, Bank yang akan buat bukan Bill Collector sebab kalau Bank buat diaorang dapat habuk aje.

Rajin rajinlah membaca, dalam ni pun banyak thread tentang hal ini sekurang kurangnya kita tahu proses undang undang dan tak mudah ditipu oleh agen collection yang kebanyakannya tak tahu pun undang undang. Bos dia mungkin tahu tapi ini salah satu cara mereka mendapat respon tapi kadang kadang agak melampau lebih lebih lagi kalau hutang dah luput had masa.

Pasal tindakan undang undang, anda boleh baca artikel saya di

https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

dan baca ruangan komen. Kebanyakan soalan macam anda sudah pun terjawab. Install "Truecaller" app dalam telefon. Dia akan otomatik blok panggilan yang tidak diingini.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 15, 2015 at 04:19
by   kawan
Terima kasih sahabat semua kerana membantu..
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 21, 2016 at 20:58
by   ctmas71
edited Apr 25, 2016 at 20:40
 
Ya betul setahu saya lah. Kalau  surat order dari mahkamah tak dapat, mereka tak boleh suka hati sita rumah pemilik mahupun peminjam. Setahu saya RM30K ke atas sahaja akan diisytiharkan muflist oleh pihak mahkamah. Tapi nak dapatkan order dari mahkamah untuk sita atau apa-apa lah, makan masa jugak, bergantung kepada tempat penghakiman.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 1, 2016 at 01:35
by   Manaf
edited Oct 17, 2016 at 03:58
 
Boleh tak bank sita atau lelong rumah/tanah nama isteri?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2016 at 17:21
by   Azyan
edited Oct 17, 2016 at 04:00
 
Bank nak sita barang yang bukan hak peminjam.. bila argue pasal hak, bank nak tengok semua resit barang jikalau betul bukan hak peminjam.. kalau barang itu dari zaman atok nenek macam mana nak datangkan resitnya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 28, 2016 at 19:31
by   Kerry
edited Oct 17, 2016 at 08:23
 
Bolehkah bank sita rumah jika pinjaman bank ke atas nama saya bersama isteri? Saya berhutang bukan dengan bank loan rumah tapi pinjaman peribadi sebanyak RM60,000 dan perlu jelaskan balik RM90,000. Mohon penjelasan sebab agent bank ini selalu ugut mahkamah nak sita rumah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 20, 2016 at 17:50
by   ctnor
edited Dec 27, 2016 at 09:41
 
Saya mendapat call menyatakan ada dispatch datang untuk tangkap gambar rumah kerana loan peribadi. Saya cuma hutang RM20,000. Ada kah boleh mereka berbuat demikian dan menyita rumah bukan milik saya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 20, 2016 at 19:37
by   MatSunee
edited Dec 27, 2016 at 09:42
 
Mereka takkan datang. Jika datang repot polis tangkap dia.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 23, 2017 at 15:34
by   Razif
edited Feb 2, 2017 at 06:46
 
Saya pun mendapat panggilan yang agak sama seperti yang bertanya di atas, mengatakan mereka telah mendapat (WSS) macam itu la, dan nak menyita barangan saya tetapi di rumah mak ayah saya kerana alamat yang diletakkan..(hutang dengan RHB-Easy)

Adakah mereka ini betul dari RHB atau sekadar agent kutip hutang.. dan katanya lagi surat dari mahkamah telah dikeluarkan, tetapi sya tak dapat sebab sudah berpindah alamat disebabkan itu prosiding dan sita perlu dilakukan, adakah mereka ini betul dan boleh kah mereka berbbuat demikian..

Mohon penjelasan, tengah takut dan gundah dulana...nak bayar seperti yang mereka kata (RM6,000) memang tak mampu.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.