Advertisement

Kereta kena lelong dan takut diisytiharkan bankrap. Sekarang baru berkerja. Apa kesannya kepada kerja saya nanti?

2756 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on May 14, 2015 at 15:01
by   izzat mustafa
edited on Jun 27, 2016 at 02:17
 
Sebelum ini saya pakai kereta Toyota Vios dan ada masalah kewangan saya tak dapat membayar pinjaman kereta saya... kereta ditarik... tak lama lepas itu saya nak bayar hutang 4 bulan tapi saya diberitahu kereta sudah dilelong.

Ada pihak memberitahu bahawa saya perlu buat settlement baki RM62,000 dengan Toyota capital...

Sekarang saya baru bekerja sebagai agen investment dengan Affin Bank.

Apa yang merisaukan saya:

1. Bagaimana kalau kereta dilelong dengan harga rendah yang boleh membuatkan saya berhutang RM30,000 dan bankrap?
2. Apa kesan nya kepada kerja saya nanti?
3. Bolehkah saya bincang dengan mana-mana pegawai agar hutang itu dibayar bulanan bagi mengelakkan saya di kenakan muflis?
4. Kerja saya memang mendatangkan income yang banyak tapi bagaimana kalau saya bankrap selepas ini? Adakah semua akan dibekukan?
5. Saya perlu rujuk dipihak mana andai saya di kena kan kebankrapan?

Tolong dan bantu saya cari penyelesaian. Saya baru berusia 24 tahun, saya memang ada masalah dalam bisnes selama berbulan-bulan. Tapi saya sekarang baru berkerja sebulan dengan Affin dan mengharapkan bantuan agar hutang itu dijelaskan secara pembayaran bulanan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on May 14, 2015 at 19:20
by   jeff005
edited Jun 27, 2016 at 02:21
 
@ Ayzek

You punya experience sudah cukup menasihat hal ini. YOUR TURN..!!! You are very very free and happy today.. Buat Doa dengan hal ini..

Tapi ingat jangan beli apa investments dari bank itu... nanti kena lagi??? Hahahaaaa..
0 found this helpful
Helpful

answered on May 15, 2015 at 05:29
by   ol_man
edited Jun 27, 2016 at 02:18
 
@izzat mustafa

Sebelum ini saya pakai kereta Toyota Vios dan ada masalah kewangan saya tak dapat membayar pinjaman kereta saya... kereta ditarik... tak lama lepas itu saya nak bayar hutang 4 bulan tapi saya diberitahu kereta sudah dilelong.
Tidak kah kamu menerima apa-apa notis sebelum di lelong? Saya tidak beberapa berpengalaman akan urusan 'hire purchase'. Dari segi undang-undang sepatut nya kamu menerima notis. Sila baca threads yang ada di forum ini yang berkaitan dengan kes kamu.

Ada pihak memberitahu bahawa saya perlu buat settlement baki RM62,000 dengan Toyota capital...
Tanya semula pihak itu lebih lanjut dan dokumen rasmi untuk mengetahui oleh kerana dia sudah tahu amaun baki ialah RM62,000

Sekarang saya baru bekerja sebagai agen investment dengan Affin Bank.
Bank ini lah yang cuba membankrapkan saya.

1. Bagaimana kalau kereta dilelong dengan harga rendah yang boleh membuatkan saya berhutang RM30,000 dan bankrap?
Sebelum kereta di lelong kamu dapatkan detail untuk kamu pertahankan diri kamu di makhamah. Kalau sudah lelong pasti sudah ada dokumen. Study untuk melihat jika ada kemungkinan masih ada ruang untuk bantahan dan bertahan.

2. Apa kesan nya kepada kerja saya nanti?
Kalau kamu tidak di bankrapkan tidak ada effect pada pekerjaan kamu. Kalau sudah bankrap pun masih juga boleh bekerja

3. Bolehkah saya bincang dengan mana-mana pegawai agar hutang itu dibayar bulanan bagi mengelakkan saya di kenakan muflis?
Boleh. Pada semua bank berbincang itu bermakna kamu membayar sejumlah besar wang pada sehari selepas tarikh perbincangan.

4. Kerja saya memang mendatangkan income yang banyak tapi bagaimana kalau saya bankrap selepas ini? Adakah semua akan dibekukan?
Oleh kerana pendapatan kamu besar maka tidak lah menjadi masaalah untuk kamu membayar hutang tersebut bagi mengelakan dari kebankrapan

5. Saya perlu rujuk dipihak mana andai saya di kena kan kebankrapan?
Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM)

Saya baru berusia 24 tahun...
Bertuah kamu. Saya harap saya masih semuda kamu. Masih sempat untuk perbetul mana yang tersilap

...saya memang ada masalah dalam bisnes selama berbulan-bulan.
Tidak mengapa. Pengalaman nya  masih menguntungkan kan kamu

Tapi saya sekarang baru berkerja sebulan dengan Affin...
Sudah bagus lah tu. Bekerja lah dengan tekun.

...dan mengharapkan bantuan agar hutang itu dijelaskan secara pembayaran bulanan.
Untuk lebih mudah sila rujuk Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
0 found this helpful
Helpful

answered on May 16, 2015 at 01:47
by   jeff005
edited Jun 27, 2016 at 02:26
 
...sebagai agen investment dengan Affin Bank.
Check with your agency contract. It may be terminated upon being adjudged a Bankrupt.

Some forumers do not want to "deal" privately. The current active forumers are not lawyers and do not engage on issues on personal basis. Post your queries on this forum and people would try their best to share opinions or views..

Seek help from Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) to settle this issue as soon as possible due to the nature of your work. Your type of case.. they will..
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.