Advertisement

Penjamin kepada rakan dan tiba-tiba terima panggilan nak sita rumah

277 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on May 13, 2015 at 21:25
by   hai salam sejahtera
edited on Oct 24, 2016 at 02:04
 
Ayah saya telah menerima satu panggilan telefon mengatakan pihak Bank Rakyat akan menyita rumah kami dalam masa sejam.

Untuk makluman, ayah saya merupakan penjamin kepada rakan lamanya yang gagal membayar hutang bersama pihak bank. Tempoh masa saya tak pasti. Ayah saya tidak pernah mendapat sebarang surat atau notis dari mahkamah or pihak bank. Tetiba call kata nak datang rumah dalam masa sejam dan nak sita rumah, lepas itu mereka minta buat bayaran RM5,000 or paling kurang RM2,000 untuk mengelakkan tindakan menyita ini. Saya pelik dan agak keliru... juga sedikit berdebar. Kami pula duduk di kediaman FELDA. Macam mana itu ye? Apakah tindakan yang patut kami buat.

Mohon pertolongan. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers
answered on May 13, 2015 at 21:54
by   viper
edited Oct 24, 2016 at 02:06
 
Panggilan itu dari 'Bill Collectors' sahaja.

Jangan bayar RM1 pun. Tukar nomber talipon.

Baca ini... Puan Intan..

https://www.lawyerment.com/answers/questions/10227/get-call-from-lawyer-regarding-wss
0 found this helpful
Helpful

answered on May 13, 2015 at 22:17
by   Abu Ammar
edited Oct 24, 2016 at 02:11
 
Fuyoo! Sudah tukar kah sekarang? Biasanya pakai ayat "besok" sekarang dah jadi "sejam". Bagilah dua tiga jam ke. Bagi panik orang sahaja. Boleh bagi orang kena stroke atau sakit jantung. Tahulah kerja kutip hutang tapi jangan buat macam itu. Ini bukan cerita kidnap Hollywood nak kena sedia duit dalam masa sejam. Cerita itu memang sejam campur iklan jadi memang sempat nak buat.

Tuan/Puan duduk Felda? Jemput mereka nak sita itu datang rumah. Pakat-pakat dengan jiran sebelah, ketua blok dan member member lain. Kalau datang bukan dengan bailiff Mahkamah, boleh... kita main "gurau-gurau" pula.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 13, 2015 at 23:14
by   Anonymous
edited Oct 24, 2016 at 02:08
 
Bro, sure knows their script well... Hahahaaa.. 1st time you were heated up.

How to get into a FELDA area? All supposed to be secured from the main road?
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.