Advertisement

Hutang Courts: Tindakan mereka ambil adalah benar

18143 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Mar 10, 2015 at 21:40
by   MR SALVAGE
edited on Oct 11, 2016 at 03:29
 
Siapa kata courts tidak ambil tindakan. Saya pernah kena masuk di mahkamah Jalan Duta pada 13/11/2014 di dakwa di bawah kes kehutangan sivil. Walaupun hutang saya dalam RM3,000 sahaja. Tetap kena bayar dalam extra RM7,000 sebab tanggung kos guaman and mahkamah macam palat. Saya ingatkan benda ini boleh di elakkan tapi tengok? Courts Mammoth ini ambil tindakan, cuma tak semua customer dia ambil tindakan dan sebelum saya masuk mahkamah pun kena freeze akaun sebab kita hutang dengan pihak syarikat bukan bank. Nak lawan mahkamah, mereka ada bukti kita sign agreement. Apa saya nak cakap ialah kita dah terperangkap dengan mereka ini. Nak tak nak terpaksa lah bayar hutang ni. Ini kisah benar!
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
25 Answers
« Previous   1   2   3   Next »  Last »

answered on Feb 27, 2018 at 07:58
by   Araz
edited Mar 12, 2018 at 05:19
 
Baca link di bawah. Mungkin boleh membantu dan dijadikan panduan menangani masalah pengutip hutan ini:

29 Oktober 2017

MUKADIMAH: JANGAN mudah tertipu dengan taktik licik agensi pengutip hutang! Pakar perundangan firma guaman Tetuan Azam Aziz Shaharudin Ali & Co., MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ dan DATUK SHAHARUDIN ALI yang dikenali melalui pembelaan kes amukan di Plaza Low Yatt serta kes peguam, Kamal Hisham Jaafar merungkai kekeliruan mangsa penipuan dan ugutan agensi-agensi pengutip hutang ini bersama wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL serta jurugambar GAIE UCHEL.

MINGGUAN: Kenapa bank dan institusi kewangan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang di Malaysia?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Apabila seseorang itu berhutang, pihak penuntut seperti bank atau institusi kewangan ada masa enam tahun sahaja untuk buat apa-apa tuntutan sivil melalui proses mahkamah, bermula dari tarikh hutang tidak dibayar. Selepas tempoh enam tahun itu, mereka tidak boleh lagi tuntut melalui mahkamah dan dikira sebagai hutang lapuk yang dikawal bawah Akta Perbatasan.

Memandangkan ada banyak hutang tak dibayar menyebabkan institusi kewangan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang yang dibayar komisen mengikut jumlah hutang berjaya dikutip. Bilangan agensi ini semakin bercambah tetapi masalahnya adalah kaedah digunakan khususnya untuk menakutkan, mengugut dan menipu menggunakan ‘bahasa perundangan’.

Orang ramai ditakut-takutkan agensi pengutip hutang ini dengan proses undang-undang yang sebenarnya tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mereka selepas tempoh enam tahun tersebut, khususnya prosedur sita dan diisytihar muflis.

Jadi, proses penyitaan dan isytihar muflis mengikut prosedur mahkamah?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Pertama sekali, institusi kewangan perlu dapatkan penghakiman mahkamah. Contohnya ada hutang RM25,000 yang tidak dibayar, maka mahkamah akan keluar perintah untuk bayar jumlah itu. Peguam akan sampaikan penghakiman ini kepada penghutang yang diberikan tempoh 14 hari untuk membayarnya.

Jika gagal, pihak penuntut perlu pergi semula ke mahkamah untuk tindakan kedua iaitu dapatkan writ penyitaan dan penjualan. Ini satu penghakiman atau perintah baharu dari mahkamah yang membenarkan bailif mahkamah, bukannya peguam atau pihak lain, laksanakan proses penyitaan.

Bailif perlu hadir ke premis orang berhutang mengikut notis rasmi memaklumkan satu tarikh khusus untuk memulakan proses menyita. Peguam hanya boleh mengiringi bailif dan proses ini bukannya dengan pecah masuk rumah penghutang. Bailif akan membuat penilaian barang yang boleh disita.

Hanya barang di ruang tamu dan dapur boleh disita, kecuali peti ais, malah bilik tidur juga tidak boleh masuk langsung. Barang yang disita akan dilelong pada tarikh berbeza.

Katakan lelongan barang disita mengutip RM5,000, maka baki RM20,000 boleh diusahakan melalui kaedah lain pula.

Mana-mana pihak sekalipun tidak boleh tampal notis atau pita kuning penyitaan dan lelong pada pagar rumah orang lain mahupun tiba-tiba menghantar lori untuk merampas harta benda penghutang, semuanya dilakukan bailif mengikut prosedur mahkamah menggunakan dokumen rasmi.

Kerajaan juga telah meminda Akta Kebankrapan 1967 dengan meningkatkan kadar hutang dari RM30,000 kepada RM50,000 untuk membolehkan seseorang diisytihar muflis. Maka, orang ramai perlu berhati-hati jika ada panggilan telefon dari agensi pengutip hutang ini kerana mahkamah, polis, Pejabat Peguam Negara mahupun Bank Negara tidak pernah dan tidak akan menghubungi anda melalui telefon. Sebarang urusan rasmi mesti melalui dokumen dan surat rasmi.

Boleh kongsikan kes-kes yang pernah dilaporkan berkaitan agensi pengutip hutang ini?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Ramai yang bertanya melalui Facebook sama ada betul rumah mereka boleh disita dengan pelbagai amaran dan notis ‘palsu’ kerana agensi pengutip hutang menggunakan bahasa perundangan malah dokumen mahkamah pun boleh diperoleh melalui Internet.

Ada yang ditampal gambar mereka di tempat awam seperti dilakukan ah long, kebanyakan kes di Lembah Klang. Ada juga pengguna yang takut dan bayar tetapi hutang tidak berkurangan dan masih disenarai hitam Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS).

Ada mengadu hutang kad kredit baru RM3,000 sudah diugut muflis, bakal hilang kerja. Ada beli telefon bimbit harga RM3,000, gagal bayar bayaran bulanan dan diugut muflis, hilang pekerjaan dan bakal dihadap ke mahkamah.

Selain ugutan berterusan, ada juga yang tunggu di depan rumah seperti gangster minta bayar hutang. Tujuan kutip hutang itu betul tetapi ugutan itu tetap satu bentuk jenayah.

Jika umum mempunyai ilmu asas had perundangan sita dan muflis, tidak perlu rasa takut tetapi ada yang percaya hutang suami boleh menyebabkan isteri turut muflis serta hilang pekerjaan.

Trend terbaharu, ada agensi pengutip hutang ini ‘curi’ talian telefon mahkamah, ibu pejabat polis malah ada yang menggunakan talian rasmi Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara. Jika dihubungi semula nombor tersebut akan masuk ke pejabat berkaitan tetapi pegawai yang menelefon tadi ‘tidak wujud’.

Apakah yang boleh dilakukan orang ramai jika dihubungi agensi pengutip hutang?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Pertama sekali jangan takut. Apaila takut akan hilang pertimbangan dan bertindak secara tidak rasional. Jangan mudah percaya dengan ‘dokumen mahkamah’. Jumpalah peguam terdekat untuk pastikan dokumen itu sah atau palsu serta tanya langkah yang boleh diambil.

Jika terbukti penipuan atau ada unsur ugutan dan cuba mendatangkan ketakutan, mangsa boleh buat laporan polis. Sekiranya tindakan agensi tersebut boleh cetuskan klausa fitnah, contohnya adik berhutang guna alamat rumah abang tetapi abang pula diugut dan diserang sehingga jiran tetangga pun tahu.

Maka boleh kemukakan saman sivil terhadap agensi pengutip hutang kerana memalukan, mencederakan mahupun merosakkan harta persendirian.Saya bukan mengatakan ‘tidak perlu bayar hutang’, hutang kecil atau besar perlu dibayar sekalipun sudah melebihi tempoh enam tahun untuk proses perundangan tersebut.

Kita perlu menjadi manusia bertanggungjawab, sekalipun tidak mampu bayar banyak bayar sedikit-sedikit tetapi pihak bank dan agensi pengutip hutang juga perlu guna cara betul, bukannya ugutan.

Kenapa agensi pengutip hutang semakin bercambah sedangkan operasi mereka seolah-olah mencabar undang-undang negara?

SHAHARUDIN: Jika mengikut proses perundangan mahkamah tiada masalah tetapi agensi pengutip hutang menggunakan beberapa teknik yang tidak sah dan tidak betul.

Ini seperti menakut-nakutkan penghutang dengan kerap dan berterusan, menggunakan dokumen palsu, menggunakan nombor telefon palsu dan mengenalkan diri secara palsu termasuk menyamar sebagai pegawai mahkamah, bank mahupun pejabat peguam.

Agensi sebegini kelihatan bercambah dan menular kerana sekarang semakin sukar untuk dapatkan perintah muflis terhadap mana-mana individu berbanding dahulu. Bila susah untuk gunakan teknik muflis dan langkau had masa enam tahun proses perundangan, maka bank atau agensi kewangan guna agensi pengutip hutang dengan kadar komisen tertentu ikut jumlah hutang berjaya dikutip.

Kontrak bank dan agensi tersebut sah kerana mereka entiti yang berdaftar, cuma kaedah digunakan pengutip hutang tidak dinyatakan dalam perjanjian dengan bank.

Melihatkan ‘keghairahan’ agensi pengutip hutang, saya sarankan kerajaan arah bank dan institusi kewangan dedah jumlah komisen yang diberikan. Di kebanyakan negara lain, kontrak ini ditentukan mahkamah dan tidak boleh dibuat sebarangan, ada kod etika dan macam-macam peraturan yang boleh dan tidak boleh buat.

Di negara kita belum ada pemantauan dan kawal selia aktiviti agensi pengutip hutang. Pindaan Akta Profesion Undang-undang 1976 menjadikan satu kesalahan bagi pihak lain melakukan kerja-kerja lazim dilakukan seorang peguam tetapi pengutip hutang dikatakan berada ‘atas sempadan’ sedangkan mereka berani menghantar ‘surat tuntutan’ yang lazimnya kerja seorang peguam.

Adakah masalah penyalahgunaan undang-undang hutang lapuk ini dapat diselesaikan?

SHAHARUDIN: Malaysia adalah antara negara yang mempunyai hutang isi rumah tertinggi di dunia maka masalah pengutip hutang ini nampaknya akan berpanjangan dengan pelbagai kaedah ‘licik’ mereka.

Masalah CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tidak begitu diperbesarkan orang ramai kini tetapi hutang lapuk masih juga dilayan sedangkan sudah tidak sah dituntut di mahkamah.

Saya minta kerajaan dan Bank Negara lihat kembali amalan Bank Negara menyenarai hitam orang disebabkan hutang-hutang lapuk ini yang tidak boleh diiktiraf undang-undang lagi. Hutang ‘luput masa’ ini tidak patut dibenarkan disenaraikan dalam CTOS atau CCRIS lagi.

Hutang memang perlu dibayar tetapi pantau juga penularan kumpulan-kumpulan yang berani menangguk di air keruh.

Source: http://m.utusan.com.my/rencana/utama/taktik-licik-pengutip-hutang-1.544416
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2018 at 17:58
by   zura
edited Oct 17, 2018 at 01:09
 
Saya dapat panggilan untuk menyita barang dalam rumah dan menangkap saya sebab tidak hadir ke mahkamah. Sedangkan saya tidak pernah dapat surat pun untuk perbicaraan. Barang Courts saya dah pulangkan pada 2012 lagi. Dia cakap kalau tak nak kena tangkap sila jelaskan bayaran RM1,200 petang ini juga. Mana nak cari duit? Boleh tolong.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2018 at 22:02
by   jebat
edited Oct 17, 2018 at 01:12
 
Dia cakap kalau tak nak kena tangkap sila jelaskan bayaran RM1,200 petang ini juga.

Oleh kerana deadline petang hari ini sudah ber-akhir, kamu tak ada pilihan lagi.
Kalau nak bayar pun mereka tak akan terima bayaran.
Kalau mereka panggil lagi, beritahu mereka deadline untuk bayaran sudahpun ber-akhir dan terus letak talipon.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 19, 2018 at 09:47
by   Hacks
edited Dec 11, 2018 at 23:51
 
Saya ada dapat call katanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Bila check memang betul nombor IPD. Dia cakap dia koperal dan dia ada surat mahkamah berkenaan hutang tertunggak. Dia suruh cakap dengan Pegawai Penyiasat (IO) katanya tapi tak sempat cakap pasal fon saya mati.. Masalahnya betul kah itu dari IPD? Saya memang ada berhutang dengan Courts Mammoth dan tunggakan dalam RM1K lebih. Tak dapat bayar lagi sebab masalah kewangan dan saya dah dekat setahun tak kerja. Last saya bayar bulan-bulan 2018.. Memang ada niat nak bayar bila dah kerja nanti. Boleh advise sikit?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 19, 2018 at 10:41
by   jebat
edited Dec 11, 2018 at 23:52
 
Masalahnya betul kah itu dari IPD?

Tidak.

Pengutip hutang menggunakan VOIP yang boleh memasukkan nombor tel IPD sebagai caller ID.
Polis tak akan kol penghutang. Hutang adalah kes sivil (hal peribadi antara CM dengan kamu), bukan kes jenayah.

Menyamar sebagai pegawai polis adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 21, 2018 at 16:48
by   Myra
edited Dec 11, 2018 at 23:58
 
Saya nak tanya pasal kes Courts..

Saya ambil phone iPhone 6 Plus di Courts pada tahun lepas bulan 9. Jadi saya sempat bayar hanya 2 bulan. Sebab saya rasa tak mampu. Jadi pada bulan 7 tahun ini saya ada dapat surat merah dari Courts untuk penarikan barang semula. Jadi saya tunggu sampai sekarang masih tak datang. Jadi hari ini 21 November 2018 datang surat dari Courts Sungai Petani "Notis Terakhir" kononya notis tuntutan. Dia tulis jika saya tak dapat bayar jumlah tunggakan sebanyak RM7k++ akan mengambil tindakan barangan akan ditarik dan akan dihadapkan kemahkamah dan segala kos guaman akan di tanggung oleh penghutang. Kos phone itu RM3k++ sahaja. Jadi macam mana ya solution untuk saya sekarang. Nak bayar semua memang tak mampu. Kalau dia nak ambil balik barang pun saya tak kisah.. Sebab dari bulan 7 saya tunggu nak datang ambil.. Tapi tak datang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 21, 2018 at 17:53
by   mike
edited Dec 12, 2018 at 00:01
 
Jadi macam mana ya solution untuk saya sekarang.

Mengikut keterangan jelas ini kesalahan kamu. Ambil iPhone 6 Plus kemudian bayar hanya 2 kali. Sepatut nya kamu sedar ketikmampuan itu lebih awal. Tak mengapa kesilapan ini kamu perbetulkan.

Dia tulis jika saya tak dapat bayar jumlah tunggakan sebanyak RM7k++ akan mengambil tindakan barangan akan ditarik dan akan dihadapkan kemahkamah dan segala kos guaman akan di tanggung oleh penghutang. Kos phone itu RM3k++ sahaja.

Memang lah nilai phone itu RM3k saja. Tetapi apabila kamu membayar nya secara ansuran harga sudah nya berbeza dan pasti ada faedah yang di kenakan. Jangan harap kan pembayaran semula adalah RM3k.

Jadi macam mana ya solution untuk saya sekarang. Nak bayar semua memang tak mampu.
Tak mengapa, kamu tunggu saja surat tuntutan ke mahkamah yang mereka maksudkan itu. Jika dah terima nanti jangan lupa poskan di sini untuk pencerahan. 

Oleh kerana mereka menuntut RM7K, phone itu tak payah lah pulangkan balik nanti lagi rugi kamu, kerana setelah di pulangkan mereka tidak tolak RM3k tapi 3 ratus ringgit saja. 

Setkan minda kamu bahawa pergi mahkamah itu lebih mudah dari melayan ugutan pengutip hutang. Lepas kes mahkamah nanti bayar lah secara ansuran.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 21, 2018 at 18:35
by   Myra
edited Dec 12, 2018 at 00:02
 
Jadi disini kalau saya dinaikkan ke mahkamah segala kos guaman mesti saya bayar kah?

Saya sempat bayar 2 bulan itu sebab saya kena berhenti kerja.. Dekat 3 bulan lebih saya cari kerja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 21, 2018 at 20:13
by   mike
edited Dec 12, 2018 at 00:07
 
Saya sempat bayar 2bulan tu sbb saya kena brhnti krja.. Dekat 3bulan lebih saya cari kerja
Ya lah, setelah dapat kerja mengapa pula kamu tidak cuba membayar tunggakan beserta faedah nya. Ada kamu hubungi courts mammoth untuk berbincang? Tak mengapa lah..

Jadi disini kalau saya dinaikkan ke mahkamah
Kalau ada surat sahih untuk hadir kamu hadir lah, jangan takut. Pos di sini kami akan beri panduan bagaimana nak menghadiri dan melawan nya. Nanti di mahkamah juga kamu boleh pertikaikan jika mereka memasuk faedah atau jumlah yang bukan bukan jika tidak saperti dalam kontrak pembelian.

Tapi saya belum pernah jumpa kes Courts Mammoth di mahkamah lagi. Selalu nya debt collector gertak nak sita rumah lah, beku akaun lah dan macam macam. Apa pun tak berlaku. Kamu bayangkan berapa ribu orang peminjam yang default nak di bawa ke mahkamah? 

segala kos guaman mesti saya bayar kah?
Jika mereka nak buat tuntutan mahkamah mereka akan nyatakan kos khidmat lawyer sekali dalam surat tuntutan itu. Kamu juga boleh tuntut kos jika kamu menang di mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 23, 2018 at 13:57
by   Myra
edited Dec 12, 2018 at 00:12
 
Ya lah, setelah dapat kerja mengapa pula kamu tidak cuba membayar tunggakan beserta faedah nya. Ada kamu hubungi courts mammoth untuk berbincang? Tak mengapa lah

Kerana pada bulan tersebut saya telah mendapat notis dan call katanya dari pegawai Courts untuk menarik semula barang tersebut. Dan bila ditanya untuk membayar semula secara biasa diorg tidak terima. Mereka hanya meminta saya menjelaskan tunggakan sebanyak RM1180.25 tapi rasa tak puas hati saya pergi jumpa staff Courts yang serve saya.. Staff itu katakan tunggu sahaja barang tersebut ditarik. Sebab dia pun tidak tahu untuk kes-kes macam ni. 

Jadi saya tunggu sebab kawan saya pernah macam ni.. Dia bayar tapi diorang cakap tak bayar.. Sebab tu saya tunggu.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.