Advertisement

Hutang Courts: Tindakan mereka ambil adalah benar

10339 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Mar 10, 2015 at 21:40
by   MR SALVAGE
edited on Oct 11, 2016 at 03:29
 
Siapa kata courts tidak ambil tindakan. Saya pernah kena masuk di mahkamah Jalan Duta pada 13/11/2014 di dakwa di bawah kes kehutangan sivil. Walaupun hutang saya dalam RM3,000 sahaja. Tetap kena bayar dalam extra RM7,000 sebab tanggung kos guaman and mahkamah macam palat. Saya ingatkan benda ini boleh di elakkan tapi tengok? Courts Mammoth ini ambil tindakan, cuma tak semua customer dia ambil tindakan dan sebelum saya masuk mahkamah pun kena freeze akaun sebab kita hutang dengan pihak syarikat bukan bank. Nak lawan mahkamah, mereka ada bukti kita sign agreement. Apa saya nak cakap ialah kita dah terperangkap dengan mereka ini. Nak tak nak terpaksa lah bayar hutang ni. Ini kisah benar!
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
10 Answers

answered on Apr 6, 2015 at 23:20
by   Joebankrupt
edited Oct 11, 2016 at 04:06
 
@Mr. Salvage

Forumer di sini dah memang susah, sengsara... jangan nak drama lagi.. kamu ini memang kakitangan Courts Mammoth kan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 7, 2015 at 05:12
by   jeff005
edited Oct 11, 2016 at 04:33
 
For reading purposes only...

Tetap kena bayar dalam extra RM7,000 sebab tanggung kos guaman and mahkamah macam palat.
For a case in court for debt recovery, normal lawyers fees RM600. Court filing fees does not exceed RM300. Court awarded costs RM800-900. So, it does not exceed even RM1,000 NOT RM7,000.

sebelum saya masuk mahkamah pun kena freeze akaun
Freeze account.. Must have a court order before a bank can "garnish"(taken) the moneys only. The account is not "freeze" or "closed". The bank account is still active and alive and have a minimum of RM10 remaining after garnishment.

"Freezing" of a bank account, i.e. no funds can be banked in or taken out can only be undertaken by the bank for the same bank customers or a en bloc freezing by BNM (Bank Negara Malaysia). It is important to know that the moneys remains inside the bank account and cannot be touch.

Most of the freezing of bank accounts are for suspected fraud cases. The same bank can freeze its own customers account if there is a breach of security or for hire purchase default repayments.

To "get" a garnishment order, a debtor must appear in court and be made a Judgement Debtor(or Judgement in Default is accorded) in the first place.

It appears that the above posting is not only incorrect but passing very wrong information. Actual intentions subject to your own imaginations.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2016 at 17:10
by   Suaidah
edited Oct 11, 2016 at 05:13
 
Saya dapat panggilan dari orang bernama Hj. Mansur.. mengelar kan diri peguam.. bila saya minta nombor guaman dia tak bagi.. saya berhutang sahaja... kenapa pergi rumah mak saya... alamat rujukan untuk sita barang rumah mak saya? Lebih teruk lagi mak saya terkejut dan kena serangan jantung. Nombor handphone yang di beri 03-92001169 pelik sebab nombor handphone lain..

Tertekan betul sebab saya tak dapat apa-apa panggilan atau surat. Bila saya call di Kajang mereka kata itu collector tak payah layan.. hutang RM3,000 tiba-tiba jadi RM9,000 lepas selang beberapa hari jadi RM13,000 lebih... hutang bank pun tak macam ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 24, 2016 at 07:10
by   latif mansur
edited Oct 11, 2016 at 04:31
 
Untuk kawan-kawan, mereka hanya debt collector untuk Courts Mammoth. Tukar sahaja nombor handphone, mereka tak boleh nak bekukan akaun kita, mereka nak commission sahaja itu dan menyamar lawyer pelbagai....

https://www.lawyerment.com/answers/questions/9936/courts-keluarkan-warran-sita-dan-saman-sebab-langgar-perjanjian-adakah-ini-betul
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2017 at 21:28
by   positive
edited Oct 23, 2017 at 09:15
 
Kalau takda masalah pembayaran bulanan seperti dijanjikan takda pun agensi atau collector nak hubungi kita...berfikir matang kita yang sign agreement kita baca kita kene sanggup lah tanggung risiko. Kalau tak tahan tak payah beli kalau tak mampu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2017 at 22:11
by   mike
edited Oct 23, 2017 at 09:17
 
Kalau takda masalah pembayaran bulanan seperti dijanjikan takda pun agensi atau collector nak hubungi kita

Kalau takda masalah pembayaran... Agensi pun tak wujud. Di mana pula mereka akan bekerja?

..berfikir matang kita yang sign agreement kita baca kita
Sebab kita baca agreement lah kita tau ...agensi collector banyak cakap tak betul..
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 12, 2017 at 18:11
by   Nikazean
edited Dec 18, 2017 at 02:33
 
Saya dah lebih 10 tahun Courts Mammoth tarik barang saya. Sekarang baru minta kami jelaskan. Kalau saya abaikan macam mana ya? Sekarang saya hanya suri rumah. Suami pun pendapatan sikit. Courts pergi ke kampung suami dan buat kacau dirumah mertua. Saya mohon nasihat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 11, 2017 at 13:14
by   Baker
edited Dec 18, 2017 at 02:41
 
Nikazean, Courts datang ambil barang yang kita beli dari diaorang sahaja kan? Sebab saya dapat call katanye ada surat mahkamah untuk sita SEMUA barang-barang saya untuk dilelong. Dan saya terima call dari company logistic juga nak ambil barang-barang saya. Kemusykilan saya, Courts akan ambil barang-barang dia saja or akan ambik semua harta benda dalam rumah untuk dilelong?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 1, 2018 at 18:48
by   missH
edited Jan 6, 2018 at 05:21
 
Saya ada terima 1 surat dari lawyer yang mewakili Courts.. katanya saya akan muflis... semua harta akan di sita.. tapi hutang saya RM11,000... nilai untuk di isytihar muflis RM50,000 ikut maklumat yang saya baca.. surat tu untuk saya hadir ke mahkamah sivil... tapi saya memang tak mampu nak ke mahkamah dan bayar hutang saya tu buat masa sekarang.. apa yang patut saya buat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 23, 2018 at 18:11
by   Arza
edited Feb 6, 2018 at 00:08
 
Saya telah jelaskan hutang Courts Mammoth pada 2015 dan ada berbaki RM1,000 lebih dan kini telah menjadi RM4,000. Mereka naikkn harga begitu tiba hari ni pihak saman dan inspektor Mazlan dari IPK Selangor kol saya untuk tangkap dan sita rumah mak saya. Apa harus saya buat. Hidup dalam ketakutan rasa. Dah tak dapat apa-apa surat dan panggilan ke mahkamah pun tak dapat tiba-tiba hari ni kes sita. Pandangan semua apa harus saya buat. 
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.