Advertisement

Cara membuat pengistiharan keluar dari bankrap di Mahkamah Tinggi

15600 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Feb 9, 2015 at 14:57
by  
edited on Mar 20, 2018 at 02:22
 
Saya telah diisytiharkan bankrap semenjak tahun 2008. Dua minggu yang lalu setelah mendapat pengurangan bayaran dari pihak bank yang membankrapkan saya, saya telah membuat bayaran penuh kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Saya ingatkan secara otomatik atau dengan bantuan pihak JIM saya akan dilepaskan dari status bankrap, namun rupanya saya perlu membuat sendiri pelepasan ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam atau menggunakan pihak lawyer.

Soalan saya, bolehkah saya menguruskan hal ini sendiri di mahkamah dan apakah dokumen-dokumen serta bayaran yang akan dikenakan oleh pihak mahkamah atau jika saya menggunakan khidmat lawyer berapakah fees yang dikenakan ke atas saya?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
36 Answers
« Previous   1   2   3   4   Next »

answered on Apr 25, 2018 at 15:44
by  
edited Apr 30, 2018 at 17:19
 
Thank you... sudah buat appointment untuk jumpa JIM.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 14, 2018 at 18:16
by  
edited Jul 28, 2018 at 05:53
 
Saya telah diistyharkan bankrap pada tahun 2013 sebab menjadi penjamin kereta kepada saudara saya. 5 tahun sudah berlalu...

Saya hendak membuat pinjaman bank tapi tak dapat disebabkan status itu. Saya seorang penjawat awam dan tidak pernah memohon pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan. Bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah ini?

Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 16, 2018 at 17:54
by  
Bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah ini...
Jumpa JIM.. buat bayaran penyelesain pada kreditor yang membankrapkan kamu.
Kemudian mohon discaj dari kebankrapan di mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 25, 2018 at 15:01
by  
edited Jul 28, 2018 at 05:56
 
Saya berstatus bankrap sejak Februari 2016. Saya membuat potongan gaji kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) sejak dari tarikh berkenaan sehingga sekarang. Saya bercadang untuk bekerja di Singapore untuk masa yang paling terdekat.

Jadi saya bercadang untuk menyelesaikan baki hutang sebelum akhir bulan August 2018. Secara ringkasnya:
1) Ke JIM untuk selesaikan tunggakan dengan bank yang membankrapkan saya.
2) Ke Mahkamah untuk discaj order.
3) Jabatan Imegresen?

Boleh saya tahu berdasakan pengalaman saudara-saudara, bilakah masa tercepat dari August 2018 untuk membolehkan saya bertugas di Singapore. Sebulan? 2 Bulan?

Terima kasih saya dahulukan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 15, 2018 at 08:59
by  
edited Oct 17, 2018 at 19:26
 
Pada tahun 2005 saya telah dijatuhkan bankrap. Di awalnya saya mebayar setiap bulan RM100 tapi bila kewangan saya kurang, saya tidak dapat membayarnya. Yang jadi kemusykilan saya, kenapa saya sebagai nama kedua saja yang bankrap. Ini tidak adil bagi saya. Yang seorang ibu tunggal.. Merasa sakitnya.. Bila susah untuk medapatkn sewa rumah dengan kerajaan dengan alasan saya bankrup. Saya juga perlu kehidupan seperti orang lain. Apa kerana saya bankrap, saya tidak  dapat hak-hak itu. Saya juga orang Malaysia. Saya dah cuba bertanya tapi jawapannya amat sedih. Sampai bila saya mahu hidup dengan sewa rumah. Saya mahu keadilan.

Agar saya di lepaskn dari kebankrapan... 
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 15, 2018 at 09:48
by  
edited Oct 17, 2018 at 19:29
 
Can people start your own threads for your own case to order to get appropriate replies.

The Topic/Caption is not in line with the the current questions asked.

If you really need help, do the necessary registration, no shortcut, no personal comments on threads started by others. Be civilized.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.