Loading
Advertisement

Penjamin MARA Teraniaya
429 Views  ⚫  Asked 5 Years Ago
asked on Sep 3, 2011 at 11:08
by   Anonymous
Salam Satu Malaysia,

Saya merupakan penjamin pinjaman pendidikan MARA bermula tahun 2007. Tetapi peminjam enggan membayar.Saya sebagai penjamin rasa teraniaya kerana pihak MARA lebih menyalahkan pihak penjamin daripada peminjam. Sedangkan peminjam 'contactable', tambahan pula beliau telah mempunyai pendapatan tetap serta telah memiliki rumah, kereta dan keluarga. Persoalannya,mengapa pihak MARA tidak melindungi hak saya sebagai penjamin?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
5 Answers
Advertisement

answered on Sep 3, 2011 at 15:54
by   vkpc
Adakah MARA cuba membengkrapkan you?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 8, 2011 at 11:35
by   Penjamin MARA
Setakat ini  tindakan pihak MARA tidak menuju ke arah itu.
Tetapi saya sebagai penjamin merasa tertekan kerana pihak MARA tidak bersungguh untuk meminta peminjam untuk membayar sedangkan peminjam bekerja tetap. Saya sendiri yang terpaksa berjumpa penjamin untuk minta bayar balik melalui EPF atau potongan gaji.
Jika peminjam tidak membayar, saya sebagai penjamin perlu bertanggungjawab.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 8, 2011 at 11:49
by   vkpc
Saya sendiri yang terpaksa berjumpa penjamin untuk minta bayar balik melalui EPF atau potongan gaji.
Lepas tu, apa yang dia cakap?

Jika peminjam tidak membayar, saya sebagai penjamin perlu bertanggungjawab.
Betul-lah, kan u yang janji akan bayar jika peminjam tak mahu bayar bila u tandatangan sebagai penjamin.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2011 at 09:57
by   Penjamin MARA
Saya merasa teraniaya, kenapa tidak dikenakan kepada pihak peminjam?
Berkenaan dengan EPF, peminjam tidak mahu membuat potongan EPF kerana akan membuat bayaran tetapi peminjam tidak membuat bayaran langsung.
Saya telah di balcklisted kerana masalah ini.

kalau betul saya sebagai penjamin akan bertanggungjawab, kenapa tidak mengambul tindakan pemotongan gaji kepada peminjam, kerana peminjam mampu dalam semua hal kewangan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2011 at 12:07
by   vkpc
Berkenaan dengan EPF, peminjam tidak mahu membuat potongan EPF kerana akan membuat bayaran tetapi peminjam tidak membuat bayaran langsung.
EPF tak benarkan wang dikeluarkan untuk membayar hutang pendidikan. Hanya pinjaman rumah sahaja yang boleh.

kenapa tidak mengambul tindakan pemotongan gaji kepada peminjam, kerana peminjam mampu dalam semua hal kewangan.
Kerapkali jika MARA mengambil tindakan pemotongan gaji kepada peminjam, peminjam akan tukar pekerjaan atau pun berhenti bekerja. Ini-lah yang sebab mereka tak suka jalan ini.

Kenapa u tak mahu tolong bayar, kan peminjam adalah saudara-mara u sendiri.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.


Advertisement