Loading
Advertisement

Hak penjamin
1166 Views  ⚫  Asked 5 Years Ago
asked on Jan 25, 2011 at 20:30
by   Penjamin teranaiya
Lebih 10 tahun lepas, saya dan suami beli rumah abang dia. Dalam pada itu hubungan saya dan suami ada masalah. Rumah dibeli dengan suami (bekas) dan saya diletakakan hanya sebagai penjamin. Setahun kemudian, kami bercerai.  Rumah tersebut disewakan oleh bekas suami, hasil sewa dia ambil tapi tak bayar bank. Bank kejar saya dan saman saya. Macam nak gila saya dibuatnya. Bila tanya ex suami dia jawab " bank yang cari awak bukan saya yang suruh bank cari awak.. awak settlela sendiri".  Saya tulis surat kepada bank merayu supaya cari owner dan bukan saya sebagai penjamin. Masa di pejabat insolvesi, saya baru tahu saya tak ada salinan agreement jual beli. Minta di bank dapat salinan dan saya terkejut saya sebenarnya tak tanda tangan surat itu.     
Saya dah lebih 5 tahun bankrap. bekas suami tidak bankrap dan rumah tersebut masih disewakan dan hasilnya masih diambil tanpa bayar pada bank.  sekarang saya ambil peguam untuk buang nama saya sebagai penjamin sebab tandatangan itu bukan tandatangan saya. tapi bank guna balik surat rayuan saya tempoh hari sebagai afidevit dan kata saya mengaku saya sebagai penjamin.  Apa perlu saya buat? Ada peluang tak untuk saya lepas dari masalah ini? Perlu tak saya sambung lagi dgn kes ini. Duit saya dah habis. saya perlu berjimat sebab anak anak dengan saya dan saya tak dapat nafkah walau 10 sen pun. TOLONG LAH SAYA PERLU TAHU.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
8 Answers
Advertisement

answered on Jan 26, 2011 at 07:50
by   notalawyer
Penjamin sosial tidak boleh dibankrapkan sebelum penghutang.
Ini adalah pindaan dalam Akta Kebankrapan sejak tahun 2003.

Section 5. (3)
A petitioning creditor shall not be entitled to commence any
bankruptcy action against a social guarantor unless he proves to
the satisfaction of the court that he has exhausted all avenues to
recover debts owed to him by the debtor.

Betulkah bekas suami u belum bankrap?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 26, 2011 at 22:30
by   Penjamin teraniaya
Semasa saya ambil peguam 2 tahun lepas untuk mengeluarkan nama says dari bankrap dengan menidakakan tandatangan saya itu, saya telah berjumpa dgn penyewa rumah tersebut dan dia telah beri saya slip bayaran sewa yang dibayar melalui bank ini slip. 

apa yang patut saya buat? Patutkah saya teruskan kes ini kerana nampaknya peguam saya mengambil masa 2tahun dan hany semalam  saya diberitahu bahwa afidivit dari bank menggunakan surat rayuan saya dulu mengatakan saya dengan rela dan mengaku saya adalah garantor.  Saya mahukan keadilan dimana owner yang mendapat hasil sepatutnya yang dikejar dan bertanggung jawab.  Nampaknya semua usaha saya hanya menunding kepada saya dan seolahnya saya yang berhutang.  Kalau saya teruskkan kes ini, saya percaya peguam saya akan meminta bayaran lagi.  Apa patut saya buat. Diamkan... atau teruskan kes ini. Saya perlu berjimat dan saya juga harus fokus untuk terus hidup memamstikan kehidupan anak-anak saya berjaya.   Apa yang perlu saya lakukan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 27, 2011 at 07:47
by   notalawyer
Bilakah affidavit jawapan dari bank diterima oleh peguam u? Sudah berapa minggu/bulan?
Apakah jenis tindakan yang difailkan oleh peguam u untuk usaha ini?
Saman Pemula, Writ Saman, Saman Dalam Kamar atau Rayuan?

Jika surat rayuan u tidak ada pengataan "Tanpa Prejudis", surat tersebut boleh digunakan sebagai bukti yang u telah mengaku menjadi penjamin.  Tindakan u tentu akan dikalahkan.
Jika peguam u tahu tentang surat ini, dia sepatutnya menasihatkan u bahawa melawan dari sudut ini akan kalah.

Sebaliknya, jika surat rayuan u ada tertulis pengataan "Tanpa Prejudis" dan u masih ada surat tawaran bank untuk pinjaman yang mengatakan bahawa penjamin tidak diperlukan ataupun tidak ada apa-apa kenyataan tentang keperluan penjamin, mungkin tindakan u boleh berjaya.

U boleh check nombor IC bekas suami u dalam laman immigresen
http://sspi2.imi.gov.my/
Kalau tiada halangan perjalanan, maknanya dia belum bankrap.

Kalau benar dia belum bankrap dan u menjadi bankrap selepas tahun 2003, u mungkin boleh lawan dari sudut yang bank telah melanggar Seksyen 5.(3) Akta Kebankrapan dan Mahkamah boleh melepaskan u dari belenggu bankrap.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 18, 2011 at 12:54
by   Penjamin teraniaya
Saya mahu melepaskan diri dari bankrap, tetapi tidak ada duit lagi untuk bayar peguam bagi permohonan baru.
Juga tak berani mewakili diri sendiri di mahkamah tinggi.
APA LAGI YANG BOLEH SAYA BUAT.  TOLONGLAH SAYA.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 20, 2011 at 19:46
by   Anwar
@ Penjamin teraniaya,

Kalau tak berani, sampai mati pun bankrap juga.
Kita boleh tolong tapi adakah saudara menpunyai semangat, "1Malaysia Boleh!".

Orang bankrap bukan warga kriminal. Kita mesti berjuang untuk negara
and Tanah Air kita.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 21, 2016 at 11:14
by   rahimi abdullah
saya telah menjadi penjamin..pinjaman peribadi thun 90an bank Rakyat Sungai Buloh Selangor (lupa tarikhnya,tidak dibekal dukomen perjanjian ) tetapi saya terima surat peringatan akhir dari Networks sdn.bhd (yang dilantik Bank Rakyat) pada 4.1.16 pertama kali saya terima sebelum itu tidak dari CCR , bank Rakyat pun.Sepatutnya ia memberitahu kalau tidak dibayar peminjamnya tahun kedua lagi.Adakah wajar dberitahu mengejut begitu.Ingat semua sudah selesai.katanya garis panduan bank negara had pembayaran 10 tahun saja.Ini berapa tahun dekat 20 tahun baru dituntut.Sudah bersara baru dimaklum.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 21, 2016 at 18:16
by   mike
 pada 4.1.16 pertama kali saya terima sebelum itu tidak dari CCR , bank Rakyat pun.
CCR itu apa?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 26, 2016 at 12:37
by   Rayna
CCR - Consumer Credit Recovery unit
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.


Advertisement