Loading
Advertisement

Masalah berhenti kerja
676 Views  ⚫  Asked 12 Years Ago
asked on Sep 22, 2004 at 18:28
by   ramona
Dear sir or madam

Saya bekerja di sebuah syarikat computer dan gaji saya 1300. sudah satu tahun lebih saya bekerja di syarikat ini. Semasa saya masuk kerja, saya telah menandatangani employment contract. Dalam employment contract saya, majikan saya menyatakan bahawa kontrak saya adalah selama 2 tahun, jika saya berhenti kerja dengan tiada ‘reasonable reason’ and ‘proper notice’, saya mesti bayar balik 6 bulan gaji saya.

Sekarang saya mendapat tawaran dari SPA untuk menghadiri temuduga. Jika saya mendapat kerja (government), saya akan berhenti kerja yang sekarang ini.

Soalan saya ialah :

1. Berapa bulan notice saya perlu berikan kepada majikan saya?
2. Adakah ‘mendapat tawaran dari kerajaan’ itu satu ‘reasonable reason’ untuk berhenti kera?
3.  Jika majikan saya, tidak membenarkan saya berhenti kerja/ meminta saya bayar balik 6 bulan gaji, apakah yang saya patut buat?

Tolong berikan penerangan yang jelas.

sekian, terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
3 Answers
Advertisement

answered on Sep 23, 2004 at 02:19
by   iradvice
Keterangan yang anda memberikan tidak mencukupi untuk memberi jawapan yang lengkap.

1.Adakah, kontrak yang anda telah menandatangani mengandungi syarat tentang notis penamatan kerja? Jika tidak, anda perlu memberi notis mengikut Akta Kerja 1955. Seksyen 12 Akta tersebut menetapkan bahawa seorang pekerja yang telah berkhidmat kurang dari 2 tahun saperti anda, perlu memberi notis selama 4 minggu, atau gaji ganti notis sebanyak 4 minggu  gaji.
2. Saya anggap bahawa kontrak anda tidak sebut apakah itu 'reasonable reason.' Dalam keadaan ini 'reasonable reason' adalah mengikut pendapat "reasonable man," dan sebab yang anda telah utarakan adalah munasabah.
3. Jika anda  memberiberi notis berhenti kerja secara tulisan dan menyatakan sebab-sebab anda ingin meninggalkan jawatan,saya merasa anda telah memenuhi tanggongan anda.
Memang majikan boleh membuat tuntutan, tetapi ianya tidak berpatutan dan ia tidak akan berjaya.
iradvice
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2004 at 10:44
by   ramona
Kontrak itu tidak menyatakan tentang notis penamatan kerja. Ia hanya menyatakan ‘proper notice’. Without proper notice, kena membayar 6 bulan gaji. Tetapi mereka tidak menyatakan berapa bulan notis yang perlu diberikan.. Adakah saya kena bagi 6 bulan notice kerana gaji ganti yang mereka minta adalah 6 bulan gaji?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2004 at 19:26
by   iradvice
Notis yang perlu diberikan ialah 4 minggu dan bukan 6 bulan.Lihat jawapan saya pada tempoh hari.

iradvice
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.


Advertisement