Loading
Advertisement

Kebankrapan dan cara-cara membuat tuntutan saman malu
3754 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Feb 22, 2010 at 13:07
by   michael
edited on Apr 5, 2016 at 16:55
 
Saya telah dibankrup oleh pihak securities diatas kesalahan yang tak pernah saya lakukan pada 1997.

Saya mendapat tahu yang bankrup notice Receiving Order (RO) telah diperolehi pada 2007. Segala surat menyurat dan saman tidak pernah saya terima dan alamat tentera adalah alamat salah seorang remisier securities tersebut, setelah penyiasatan dibuat sendiri.

Saya mengetahui yang saya mempunyai masalah bankrup pada tahun 2005 apabila syarikat saya telah memberi Employee Share Option Scheme (ESOS) kepada pekerjanya. Laporan polis telah dibuat pada tahun 2005 dan laporan kimia mengenai pemalsuan tandatangan saya telah diterima pada Oktober 2009 daripada pihak polis.

Pada Disember 2009 saya telah melantik peguambela untuk memfailkan penarikan semula bankrup saya di mahkamah tinggi dan peguambela pihak securities telah menghubungi peguam saya dan sepucuk surat menyatakan pihak securities akan menarik balik RO bankrup saya dan saya pada bila-bila masa pun tidak akan menyaman pihak securities.

Setelah 5 tahun berlalu, banyak pekara sedih menyelubungi hidup saya dimana saya terpaksa menjual rumah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap walhal sebelum ini saya adalah eksekutif disebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara dan disebabkan perkara bankrup ini saya telah dinasihatkan berhenti (rela hati) disebabkan Human Resources (HR) telah mengetahui status bankrup.

Jadi disini saya memohon jasa baik tuan yang arif mengenai undang-undang, bagaimanakah boleh untuk saya melawan balik kes tersebut dengan membuat tuntutan saman malu dan apakah butiran yang perlu saya nyatakan semasa tuntutan saman malu dilakukan. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
13 Answers
Advertisement

 1   2   Next »
answered on Feb 22, 2010 at 16:41
by   peter538
edited Apr 5, 2016 at 16:57
 
Sebenarnya mengenai kehilangan kerja kamu, kamu boleh mengambil tindakan dengan Jabatan Buruh. Mereka sepatutnya tidak boleh memaksa kamu berhenti kerja, sebab kamu dibankrapkan selepas kamu kerja disana dan bukan sebelumnya.

Mengenai saman malu ini, kamu kena dapat nasihat dan bimbingan dari peguam. Mungkin kamu boleh memyebut hal kamu pada peguambela untuk nasihat. Jika kes ini sudah rumit atau lapuk mereka akan nasihatkan pada kamu berpatutan samada kes ini kuat untuk disambung dan biasanya tiada caj untuk nasihat sedemikian.

Kes saman malu saya tidak beberapa tahu. Sepatutnya 5 tahun lalu, kena saman company securities itu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 8, 2010 at 10:47
by   lisa
edited Apr 5, 2016 at 16:58
 
Sekiranya kita telah dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang, sedangkan hal tersebut bukanlah seperti yang disebut, adakah saman malu boleh dibuat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 23, 2013 at 10:24
by   aeen azrol
edited Apr 5, 2016 at 17:05
 
Salam. Ingin bertanya, sekiranya kita dituduh pernah ditangkap khalwat dan orang yang menuduh itu post kenyataan tersebut di status Facebook nya tetapi tidak dimasukkan name orang yang dituduh disitu. Tetapi orang yang menuduh itu telah membalas komen di page lain dengan menujukan tuduhan tersebut kepada kita. Boleh tak kalau saya nak saman malu kerana semue kenalan Facebook dan satu dunia akan mengetahui dan membaca tuduhan tersebut?

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum memfailkan suatu tuntutan saman malu/fitnah di mahkamah?

1. Adakah perlu membuat repot polis?

2. Apakah perbezaan saman fitnah, tort, saman teladan dan saman gantirugi hayat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 1, 2014 at 12:07
by   Attorney Salim
edited Apr 5, 2016 at 17:07
 
Aeen Azrol,

Pada hemat saya, kamu ada alasan tindakan (cause of action)yang bagus untuk memfailkan saman fitnah terhadap pelaku tersebut.

Mengenai soalan kamu apakah perbezaan saman fitnah, tort, saman teladan dan saman gantirugi hayat, sebenarnya perkataan-perkataan tadi adalah istilah-istilah standard yang digunakan di dalam sesuatu saman, terutama saman fitnah.

Tort itu merupakan undang-undang yang berkaitan dengan diri contohnya orang membuat fitnah terhadap kita atau memalukan kita, itu semua tergolong dalam undang-undang tort.

Mengenai saman teladan itu, saya kira anda merujuk kepada gantirugi teladan/tauladan (exemplary damages) bertujuan memberi pengajaran kepada si pelaku fitnah agar tidak mengulangi perbuatan fitnah.

Saman fitnah boleh difailkan di mana-mana Mahkamah Sesyen berdekatan anda. Dulu bidangkuasa saman fitnah adalah di bawah kuasa Mahkamah Tinggi tetapi baru-baru ini dibuat pindaan yang membolehkan Mahkamah Sesyen mengendalikan kes-kes saman fitnah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 1, 2014 at 12:12
by   Attorney Salim
Aeen Azrol,

Walau bagaimanapun, sebelum memfailkan saman fitnah di Mahkamah, pihak Plaintif (orang yang menyaman)mesti buktikan kenyataan fitnah tersebut adalah tidak benar, jika tidak, pihak Defendan (orang yang di saman) boleh membawa pembelaan 'justification' iaitu bahawa kenyataan yang dia buat adalah betul dan bukan fitnah. Dalam kes cik Aeen Azrol, perlu pastikan hal ditangkap khalwat tersebut adalah tidak betul barulah boleh saman orang yang membuat cerita tersebut. Laporan polis adalah digalakkan untuk dibuat sebagai dokumen sokongan semasa perbicaraan. Sekian terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 13, 2014 at 16:00
by   Airul
edited Apr 5, 2016 at 17:09
 
Salam. Ingin bertanya, keluarga saya telah ditipu oleh agent pelancongan sebanyak RM30k. Saya telah membuat laporan polis. Untuk pengetahuan, bukan hanya keluarga saya di tipu malah ramai lagi mangsa lain yang ditipu. Setakat ini di bawah pengetahuan saya ada 3 report penipuan yang membabitkan amount yang agak besar.

Kami telah berpakat sesama mangsa untuk viralkan kes penipuan ini ke dalam Facebook supaya orang lain tidak lagi dianiaya seperti kami. Tapi sebaliknya dia telah mengugut saman malu ke atas kami. Apakah yang patut kami lakukan tuan di atas ugutan tersebut? Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 13, 2014 at 19:13
by   Anonymous
edited Apr 5, 2016 at 17:10
 
Senang sahaja. Jika ada peluang dan hutang melebihi RM30K, saman dia sampai bankrup.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 13, 2014 at 19:36
by   Airul
edited Apr 5, 2016 at 17:11
 
Persoalannya valid ke saman malu/fitnah tersebut sekiranya berita yang di sampaikan di media sosial adalah benar. Tujual viral adalah supaya orang ramai berwaspada.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 4, 2016 at 16:45
by   Naja
Saya ingin bertanya. Sekiranya seseorang suami telah memalukan isterinya ke seluruh ahli keluarganya. Adakah dia boleh menyaman suami nya dan menuntut fasakh?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 7, 2016 at 19:43
by   Lola
edited Jun 10, 2016 at 14:45
 
Is it legal to sue a person for a status post on social media even though I mentioned no names but, terasa dengan status tersebut? 

But if I were to sue back for approach and subtle threat to harm? Is that possible? And does that make sense? 
0 found this helpful
Helpful

 1   2   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.


Advertisement