Loading
Advertisement

Notis Berkenaan Caruman KWSP Yang Belum Dijelaskan
192 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Feb 3, 2010 at 08:49
by   Terushidup
Kawan-kawan,

Saya seorang majikan yang sudah menemui kehancuran hidup tetapi masih terus hidup.
Saya ada membaca info dari forum thread ini, http://www.lawyerment.com.my/boards/article-Malaysia_Business_Consumer_Bankruptcy_Law-670.htm?Page=5 , sungguh berterima kasih pada yang menyumbang.

Saya memang seperti yang dikatakan dalan thread ini. Saya memang tidak berupaya membayar sesiapa dan tidak punya sebarang harta untk melunaskan hutang. Hutang saya cukuplah disenaraikan ke dalan senarai kebankrapan sejak April 2009, Pada April 30,2009, syarikat kami ditamatkan. Kita belum lagi diistiharkan bankrap kerana setakat ini pembekal atau sipiutang ada memberi surat gauman kepada kita. Kita tidak ambil peduli kerana tidak punya wang untuk mencari peguam. Sampai sekarang,kita belum ada kerja ditangan dan berumur >40 tahun. Pokoknya hidup sudah sudah, tak sanggup nak bayar apa-apa.

Malangnya, kita telah menerima surat dari KWSP pada 25/01/2010 yang mana 2 points berikut amatlah kita ambil berat.

Menurut surat KWSP;
-SILA AMBIL PERHATIAN bahawa sekiranya pihak tuan, sebagai majikan, gagal dan/atau enggan mengemukakan caruman pekerja kepada KWSP dalam tempoh yang detetapkan, tuan boleh didakwa di Mahkamah si atas kesalahan di bawah Seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991 dan jika disabitkan, tuan boleh DIHUKUM penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda maksima RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.

-Selanjutnya, SILA JUGA AMBIL PERHATIAN, jika tuan, sebagai majikan, telah memotong daripada upah pekerja untuk caruman syer pekerja tetapi gagal mengemukakan caruman tersebut kepada KWSP, tuan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 48(3) Akta KWSP 1991 dan jika disabitkan,tuan boleh dihukum penjara selama 6 tahun atau denda maksima RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kita telah hadir ke KWSP semalam untuk membincangkan hal serius ini dan kelihatanya KWSP tidak akan melepaskan kita. Biarpun sudah menjelaskan tidak bekerja, tidak ada harta, tidak ada kereta, tempat tingal rumah juga bukan milik kita, nama orang lain punya dan segala macam yang lain.

Soalannya: Kita mesti hadir ke KWSP pada jumaat akan datang ini untuk berbincang dengan orang nombor satu KWSP sama ada dibenarkan membayar secara ansuran untuk jumlah sebanyak RM50,000+ (Sekrg termasuk bunga, dah jadi Rm60k+) atau dibawah kes ini ke mahkamah. Sementara ini, tak ada kerja, macam mana bayar?

Jumlah hutang itu termasuk yang lain, kalau betul-betuk nak dihitungkan tidak kurang RM3 juta.

Apakah cara yang terbaik untuk kita daripada pengalaman anda?

Saya mengucapkan ribuan berterima kasih tedahulu.
Terima kasih
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
4 Answers
Advertisement

answered on Feb 3, 2010 at 12:56
by   notalawyer
Macam mane wang RM3juta boleh lenyap begitu sahaja tanpa meninggalkan apa-apa harta?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 3, 2010 at 17:26
by   TerusHidup
Macam mane wang RM3juta boleh lenyap begitu sahaja tanpa meninggalkan apa-apa harta?

Bisini bermula sejak 1998, membuat pinjaman mulai pada tadun 2002, tiap kali pinjam untuk tutup lubang kerugian.
Mencuba nasib hingga tahun April 2009, kerugian terus di alami dengan pertandingan melembar harga di pasaran. Mahu cuba membuat tender projek kerajaan malangnya tidak berjalan dengan lancar.

Jadi, pinjam sini, pinjam sana. Makin lama makin sukar dan akhirnya sudah tak larat.
Sudah terima banyak letter of demand dari pelbagai bank-bank tempatan.

Pokok, wang bukan dilarikan oleh kita. Habis dalam kerugian. Bisnis sama ada menang atau kalah.
Harap faham dan maaf.

Kalo anda mahu tanya macam mana saya boleh hidup sampai sekarang. Saya boleh citerkan sedikit. Saya pada tahun 1997, membuat operasi pemindahan kidney menyelamatkan saudara saya yang berada di Jakarta, Indonesia. Beliau menyokong saya selepas bisnis saya tamat. Malangnya beliau telah meninggalkan dunia pada July 2009.

Saya pun tak tahu apa yang mahu dikatakan lagi.
Sudah jatuh ditimpa tangga.

Barangkali, inilah nasib?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 3, 2010 at 21:05
by   virnicia
lari ke luar negara?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 4, 2010 at 09:40
by   Terus Berjuang
lari ke luar negara?

Kalo begitu, buat ape nak buka thread ini?

Bulan ini, saya memulakan sebuah busnis tanpa modal.Saya akan berusaha sekemampuan saya untuk 2 tahun menjana pendapatan RM10,000 -RM30,000 sebulan.
Saya suka bisnis saya sekrg, tidak akan menyusahkan orang.Kalo cukup duit nanti, bayarlah perlahan-lahan. Hutang tetap mahu dibereskan sebelum saya melangkah kaki ke alam dunia lain.

Saya tidak kerja spt 9-5 tiap hari.Taulah, kerja seberapa pun tak sanggup bayar sesiapa pun buat masa kini.

Terpaksa le guna nama saudara yang saya percaya.

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.


Advertisement